Showing posts with label dokumen pkfz. Show all posts
Showing posts with label dokumen pkfz. Show all posts

Friday, September 18, 2009

Polis Dah Panggil Individu Yang Membocorkan Dokumen PKFZ
sept 18 09

Kenapa perlu melibatkan polis jika benar kata benar jika tidak kata tidak sebab 1malaysia nak tahu...kecualilah kerajaan BN sekarang berasa takut kerana bersalah...

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Polis telah memanggil beberapa individu bagi mengambil keterangan berkaitan penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di laman web.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana Kertas Kabinet itu membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan dalam internet.

"Kita akan siasat siapa yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat mengenai Kertas Kabinet itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada hari Jumaat.

"Bagaimanapun saya tidak boleh komen lebih lanjut mengenainya kerana ini akan mengganggu siasatan," katanya.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis akan menyiasat mengenai pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web 'Malaysia Today'.

Katanya siasatan itu bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya tetapi tindakan mendedahkan Kertas Kabinet di internet merupakan alasan yang tidak boleh diterima.

Tokeyai

Siapalah agaknya individu yang boleh digelar wira tu ye...tak sabar nak tahu rasanya...sebagai sokongan moral individu yang berkenaan tak perlulah takut kerana berjuta-juta rakyat malaysia dibelakang anda tolak penyokong Umno dan B-End...
OSA Keatas Pembocor Rahsia Dokumen PKFZ- PM Najib
sept 18 09

Jadi benarlah seperti dakwaan sebelum ini yang mengatakan kebenaran dokumen pkfz yang didedahkan beberapa hari lalu...seperti kata Dato Mahfuz PM Najib dan kabinetnya harus meletakkan jawatan jika dokumen tersebut terbukti kebenarannya..dengan penawaran penggunaan OSA ini jelas menunjukkan kerajaan kini dan terdahulu terlibat secara lansung dalam isu kenaikkan kos pembinaan PKFZ ini jadi dokumen yang didedahkan itu yang mengandungi segala fakta dan angka tidak cuba dinafikan kebenarannya malah Najib menggugut untuk menggunakan OSA keatas mereka yang membocorkan maklumat didalam dokumen 18 mukasurat tersebut...alasan apa lagi yang akan digunakan oleh najib dalam mempertahankan kabinetnya itu....kita tunggu dan lihat..


Perdana Menteri Najib Abdul RAzak memberi amaran kerajaan akan mendakwa mana-mana pihak yang membocorkan dokumen Kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Najib membuat amaran itu ketika diminta mengulas pendedahan dokumen Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin di laman sesawang Malaysia-Today.

Skandal RM12.5 bilion ini mencemar pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak selepas siasatan mendapati wujudnya komplot rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pegawai-pegawai kerajaan dan menteri.

Dokumen di Malaysia-Today mendedahkan permohonan dari Kementerian Kewangan untuk kenaikan berkala kos pembinaan projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM5 bilion.

Najib berkata mereka yang mendedahkan dokumen tersebut akan diburu siasatan polis dan tindakan OSA akan dikenakan bergantung kepada siasatan.

Sebahagian dari dokumen 18 m/surat

18 muka dokumen Rahsia PKFZ






POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran