Wednesday, March 10, 2010

Zulkifli Nordin Yang Saya Kenal- Zulkifli Sulong


Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.


Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.


Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."-harakah

Tuesday, March 9, 2010

Nyanyian Senja Ibrahim Ali

Sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang beliau cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini, Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sebaliknya menuduh mereka yang membuat dakwaan sedemikian adalah pengkhianat kerana menentang dasar-dasar yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

ibrahim ali perkasaWalaupun menganggapMalaysiakini sebagai'nuisance', Ibrahim dalam bahagian kedua laporan ini berkata beliau melayan wawancara ini kerana bersikap terbuka.

Beliau turut menafikan dengan panjang lebar bahawa penglibatannya di dalam Perkasa adalah untuk meraih kesempatan politik dalam 'perjuangan Melayu' yang semakin jauh ditinggalkan oleh Umno.

Persoalan ini timbul memandangkan Perkasa dan MPM dilihat semakin galak mengambil haluan kanan yang agak estrem, manakala Umno pula semakin petah bercakap tentang 'middle ground' dan dasar-dasar yang lebih liberal dalam Model Ekonomi Baru.

Ibrahim turut mengambil peluang dalam wawancara minggu lalu, untuk membidas Malaysiakini yang dakwanya sering mensensasikan isu-isu melibatkan kaum dalam laporan.

Kenapa isu-isu Melayu perlu bawa dalam MPM?

Itu kena tanya Umno jangan tanya saya, saya NGO dan saya rasa nak main peranan untuk bela bangsa saya, jadi saya teruskan. Yang pihak lain tak buat itu tanya pihak lain.

Adakah Datuk melihat Umno gagal memperjuangkan isu ini?

Tak ada kena mengena. Saya tidak mahu komen. Itu pandangan kita masing-masing. Pada Umno, Umno berjaya. Pada perdana menteri, mungkin dia berpendapat apa yang dia buat sekarang ini berjaya. Cuma, apa yang NGO buat ini adalah untuk tambah nilai ke arah yang lebih baik lagi.

Biasanya pemuda Umno yang tampil menjadi pendesak bagi isu-isu bersabit kepentingan Melayu.


Itu kena tanya pemuda Umno lah, tak ada kena mengena dengan saya.

Datuk cuba ambil kesempatan?

Tak ada (ambil kesempatan). Saya sebagai seorang pejuang, sebagai ahli politik sepanjang masa saya berjuang untuk bangsa saya di mana saja berada.

Jadi saya buat ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Ini soal hati nurani kita, soal kesedaran kita. Persepsi orang macam-macam. Bila kita buat ada yang cemburu, bila kita berjaya ada yang dengki, kemudian ada yang buat berbagai-bagai tafsiran, seperti soalan anda tadi.

Itu pun soalan yang boleh memberi tafsiran yang salah. Saya tidak kisah semua itu dan semua orang berhak membuat sumbangan dan saya membuat sumbangan dengan cara yang ikhlas, tak ada kena mengena sebab orang itu tidak buat atau orang ini tidak buat.

Dari dulu lagi kita berjuang untuk agama bangsa dan negara jadi tidak timbul sebab yang disebutkan tadi.

Berjuang sebab Melayu tergugat?

Memang. Tergugat itu dalam inverted comma lah, maknanya dicemuh dan dihina seperti yang keluar dalam website, termasuklah Malaysiakini dalam portal Internet, dalam Facebook. Semuanya kata kita rasis, mereka tidak rasis?

Dia orang yang rasis sebab apa yang mereka tuntut bertentangan dengan dasar kebangsaan. Tengok mereka tuntut mengenai hal-hal pendidikan Cina. Itu bertentangan dengan dasar pelajaran kebangsaan. Itu yang rasis.

Mereka menuntut mempelbagaikan budaya, itu bertentangan dengan budaya kebangsaan. Maknanya (mereka mahu) kita semua bebas segala-galanya, ada seolah-olahnya nak letakkan agama Islam itu sama dengan agama mereka, bahasa Melayu sama dengan bahasa lain, kemudian kedudukan raja-raja Melayu.

Ini, asas perlembagaan negara diusik, disentuh. Kita macam Perkasa pun kita berjuang dalam ruang lintup dan dijamin perlembagaan.

Macam mereka minta bantuan sekolah vernakular, minta tambah minta pengiktirafan, semua ini tidak ada dalam perlembagaan dan bertentangan dengan dasar pelajaran kebangsaan.

Ini sudah dilindungi dalam perlembagaan, kenapa perlu diperjuangkan lagi?

Kerana ada pihak yang usik. Kerana ada pihak yang macam hendak rombak, ada pihak cabar. Macam MPM dan Perkasa, kita menjadi benteng. Kita nak tengok macam mana lagak Ziao Dong (Dong Jiao Zong), apa lagak Hindraf dulu (sekarang diharamkan), apa tuntutan mereka.

Kalau tuntutan mereka bertentangan dengan perlembagaan, kita jadi benteng. Sesiapa juga yang ingin sentuh soal perlembagaan, kita juga akan jadi benteng. Pasa masa sama kita jadi watchdog (badan pemerhati kerajaan). Maknanya memberi tekanan atau pressure yang berhemah kepada kerajaan kerana kita tengok ada dasar-dasar yang cuba hendak lari daripada apa yang ditegakkan dalam perlembagaan. Ini peranan kita.

Datuk tak takut Perkasa diharamkan?

Itu terpulang kepada kerajaan. Itu bergantung kepada kegiatan kita, adakah kegiatan kita sekarang mengancam keselamatan? Kita didaftarkan, kita buat cara terbuka dan apa yang kita cakapkan itu ada dalam perlembagaan.

Adakah kita bercakap tentang kerakyatan atau untuk halau sesetengah kaum keluar daripada Malaysia ini? Tak pernah.

Sampai hari ini saya tidak pernah terima apa-apa laporan polis bersabit ucapan saya. Orang lain dah banyak. So what?

Malaysiakini inilah yang banyak mencetuskan kegelisahan orang ramai. Kalau ikutkan saya tidak mahu layan, tapi saya bersifat terbuka. Nuisance. Sebab ada yang disiarkan itu memang tidak ada tanggungjawab.

You kena baca perlembagaan kita, sebab kita takut berlaku perkara yang tidak baik kepada negara, apabila (kekacauan) berlaku, tak ada gunanya semua (perbincangan) ini. Sebab itu kita letakkan perlembagaan paling utama.

Perkauman adalah isu yang paling mudah berlaku, kalau kita tidak pandai tangani. Sekarang ini tulisan ucapan, cemuhan, macam-macam yang keluar melalui website ini.

Jadi MPM sebenarnya hendak meredakan api perkauman, bukan mengembusnya lagi?

Reda atau tidak, soalnya ialah apa yang terkandung dalam perlembagaan. Kita percaya jika apa yang kita pertahankan dalam perlembagaan itu dikukuhkan dan semua pihak menyokong, ia akan membantu ke arah keamanan dan perpaduan negara.

Kenapa kelompok Melayu sering berdemonstrasi sekarang?

Kerana mereka merasakan itu adalah hak mereka, jadi mereka turunlah ke jalan-jalan raya. Kita tak ada lagi sampai ke peringkat itu.

Jadi apa yang akan dibuat oleh MPM?

Dia punya modus operandi, MPM ini dia tidak ada ketua. Dia akan ada sekretariat, kemudian bergantung kepada isu. Katalah sekarang ini mengenai model ekonomi baru. Jadi sekretariat akan keluarkan notis untuk adakan perbincangan meja bulat untuk brainstorming dan curahkan buah fikiran untuk hasilkan satu cadangan kepada kerajaan.

Contohnya sebelum ini timbul isu kalimah Allah, jadi kita tengok NGO itu cakap begitu dan begini, jadi sekretariat akan keluarkan notis, kita panggil semua NGO ini berbincang dan cari apa pendirian bersama kita.

Maknanya kita akan buat pendirian dan tindakan bersama atas satu suara.

Perbincangan ini terbuka dan boleh dilaporkan media?

Tidak boleh lapor, kita buat secara tertutup. Kecuali lepas habis sesi ini baru kita akan adakan sidang akhbar, tetapi tidak boleh lapor. Kita buat tertutup kerana nanti (bimbang) akan jadi lebih sensitif.

Minta Datuk jelaskan insiden wartawan dihalau dari sebuah majlis MPM.

Itu tak ada keputusan untuk halang dia, tapi inilah puncanya. Bila dah jadi macam perkauman, bila ada orang-orang India yang tulis artikel bersabit dengan hukum sebat, menyentuh Islam sedangkan dia bukan Islam, jadi bagi orang Melayu dan Islam, dia tengok orang Hindu pun dia jadi curiga. Inilah puncanya, sebab itu kita kena jaga-jaga.

Kenapa soal Melayu dan Islam perlu dibincangkan secara tertutup seolah-olah ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum?

Kalau masih di peringkat perbincangan, ada sesetengahnya ada pandangan yang tidak cukup bukti, tidak cukup fakta. Jadi bila dilaporkan akan memberi gambaran yang salah. Mungkin juga perkara yang disebut itu sensitif. Yang penting sekarang ini adalah untuk melihat hasil (perbincangan). Laporkan hasil sajalah. Masa pembedahan itu hendak lapor buat apa. Bila sudah jahit semua nanti pergilah tengok.

Kalau boleh dilakukan secara sistematik, kenapa masih timbul soal curiga?

Kita cuma hendak precautious sahaja. Kalau kita buat secara terbuka, ramai pula yang akan masuk, dan tak semua media ini bertanggungjawab, termasukMalaysiakini.

(Kita bimbang) Anda akan laporkan apa yang anda inginkan sahaja. (Pemberita) tidak apalah, tapi (pemunya) Malaysiakini ini siapa? Kalau ada (perbincangan) yang menyentuh perkauman, ini yang akan dijadikan isu.

Datuk gunakan NGO untuk karier politik?

Siapa yang kata, lantak dialah. Saya peduli apa? Itu persepsi dia. Saya nak guna untuk politik kenapa sebab saya memang ahli parlimen. Apa perlunya saya (gunakan) NGO lagi.

Sebelum inipun ada NGO lain yang saya jadi ahli. That is what I call a dirty question. Just to provoke and ridicule saya. Cuma hendak lagakan saya (dengan Umno).

Tak takut ditahan lagi bawah ISA?

Saya tidak ada masalah. Saya sokong ISA dan saya pernah kena (tahan) ISA tapi saya tidak merungut, sebab saya bukan jenis manusia yang baling batu sembunyi tangan. Whatever I do I will be responsible.

Soal ISA pada saya itu soal keamanan negara. Kita sebagai seorang pejuang, kalau kita yakin dengan apa yang kita buat, kita buatlah. Kemudian kalau kita kena ISA, janganlah merungut.

Hubungan dengan Mahathir?

Hubungan kita biasa. Kita jemput dia sekali-sekala sahaja untuk majlis sahaja.Funding tidak ada, ini semua duit derma orang ramai. Habis Malaysiakini ini siapa yang funding, cuba you cakap. I am a sincere man, you don't play the fool with me.

Sunday, March 7, 2010

Tengku Razaleigh Nafi Bebas...Tapi...

Dari merdekareview

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?

Sumber maklumat dari PKR memberitahuMerdekaReview, bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang. Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang.

"Itu tidak benar. Tetapi sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Sentiasa hubungi saya," (This is not true. However it's hard to tell what happens next over the coming months. Please stay in touch.) jawabnya secara ringkas.

Anwar bersemuka dengan Tengku Razaleigh?

Sebagaimana yang dimaklumkan, PKR terus berunding dan melobi Tengku Razaleigh agar keluar parti atau "melompat" ke PKR sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, dalam perundingan yang terbaru, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dikatakan sendiri bersemuka dengan Tengku Razaleigh. Menurut sumber, apa yang dibincangkan termasuklah keahlian UMNO Tengku Razaleigh dan peranannya sebagai ahli dewan rakyat bebas di Parlimen.

Ada sumber yang memberitahu MerdekaReview bahawa perbincangan tentang keluar parti belum mencapai persetujuan; namun ada juga sumber yang mendakwa bahawa muafakat telah dicapai antara Tengku dengan PKR, iaitu beliau akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen bebas semasa persidangan pada Mac 2010. Tengku dijangka akan mengambil ketetapan dirinya, yang bercanggah dengan pendirian UMNO, misalnya dalam usul pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Zulkifli Noordin" dalam UMNO?

Dengan itu, Tengku Razaleigh akan memainkan peranan sebagai "Zulkifli Noordin (gambar kiri) dalam UMNO", menimbulkan masalah kepada UMNO yang menguasai gelanggang dalam pertarungan antara UMNO-Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut sumber maklumat, ada pertimbangan strategi seandainya Tengku Razaleigh terus kekal bersama UMNO. Pertamanya, jikalau Tengku Razaleigh terus melompat ke PKR, maka anggota dalam PKR mungkin meragui kesetiaannya terhadap parti. Keduanya, seandainya Tengku Razaleigh melompat ke PKR, maka beliau akan kehilangan kredibiliti untuk menyerang UMNO. Sebaliknya, jikalau beliau masih bersama UMNO, beliau boleh menegur UMNO dengan identitinya sebagai anggota yang tidak tercemar dengan taktik kotor UMNO.

"Situasi yang paling memihak kepada beliau adalah, terus bersama UMNO," katanya. Bagaimana pula seandainya whip UMNO mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh? Sumber maklumat berkata, apa yang diinginkan oleh Tengku Razaleigh adalah pemecatan oleh parti, dan bukannya meletak jawatan sendiri.

Selain itu, apabila MerdekaReview cuba mengesahkan khabar ini dengan Syed Husin Ali (gambar kanan), Timbalan Presiden PKR, beliau hanya berkata "saya tidak tahu", sebelum menamatkan perbualan secara tergesa-gesa.

Tengku Razaleigh bercanggah pendapat dengan UMNO dalam isu royalti minyak di Kelantan sejak tahun lalu. Beliau yang menyokong agar negeri Kelantan dibayar royalti minyak telah berjanji kepada Anwar untuk mengetuai kaukus ahli parlimen dalam isu royalti petroleum. Perkara ini telah menggemparkan UMNO.

Tengku Razaleigh dikritik oleh rakannya dalam parti, malah diserang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikuasail oleh UMNO. Presiden UMNO, Najib Razak pernah berkata terpulang kepada ahli UMNO untuk menentukan sama ada Tengku Razaleigh harus diambil tindakan dalam isu ini. Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin pula mempertikaikan kesetiaan Tengku Razaleigh terhadap UMNO.

Tengku Razaleigh pernah menubuhkan dan mengetuai parti Semangat 46 pada tahun 1989, setelah tewas kepada Mahathir Mohamad dalam pergelutan kuasa UMNO pada tahun 1980-an. Dalam PRU pada tahun 1990, Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dan DAP untuk menentang BN. Bagaimana pun, Semangat 46 dibubarkan dan beliau masuk semula ke UMNO selepas tujuh tahun berjuang di luar UMNO.

Ong Tee Keat juga dilobi?

Selain Tengku Razaleigh, PKR dikhabarkan sedang melobi Presiden MCA, Ong Tee Keat untuk isytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, agar "menukar" persepsi bahawa "ahli parlimen bebas" kini kebanyakannya pro-BN. Ong Tee Keat jelas berada dalam kedudukan terancam, lantaran daripada pergelutan kuasa dalam partinya terkini.

Walau bagaimanapun, Ong Tee Keat (gambar kiri) gagal dihubungi MerdekaReview untuk mengesahkan khabar ini.

Sumber maklumat dalaman PKR berkata, wujudnya "kem ahli parlimen bebas" setelah beberapa orang ahli dewan rakyat PKR keluar parti. Malah, daripada kem ini, ahli pro-BN adalah majoriti. Seandainya PR berjaya menarik beberapa orang ahli parlimen untuk menjadi "bebas", maka ia boleh menghakis kelebihan BN dalam kem ini.

Terdapat enam orang ahli parlimen bebas setakat ini, dan antaranya, hanya Ibrahim Ali dari Pasir Mas yang menyatakan pendiriannya untuk Pro-UMNO. Tiga orang lain yang keluar dari PKR, Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dipercayai juga memihak kepada BN; sementara dua orang lagi dari SAPP, iaitu Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Majimbun (Sepanggar) yang keluar dari BN pada tahun 2008, dipercayai memihak kepada PR.

Selepas Mohsin Fadzli Samsuri keluar dari parti, PKR hanya tinggal 28 orang ahli parlimen, setanding dengan DAP dari segi bilangannya. Namun, harus dingatkan bahawa daripada 28 orang ini, salah seorangnya, iaitu Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) adalah pemimpin PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang bertanding dengan menyarung jersi PKR pada PRU ke-12.

Bilangan ahli parlimen PR semakin berkurang, dengan hanya 79 orang sekarang. Dengan kata lain, keluarnya lima orang lagi dari PR akan menjatuhkan PR ke paras satu pertiga di dewan rakyat, iaitu 74 orang.

Wednesday, March 3, 2010

Jam Tangan 1/2 Juta Ong

Memang banyak ong la dia ni....orang hong kong yang buat ke...tapi ada tulis hatikeya Israel tu apa ceritanya....

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

NONE"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya.-mkini
Royalti Tak Wajar KeMahkamah -Hishamudin

La....apasal pulak tak boleh....takut ke....hari itu dia orang cabar....macam-macam hal lah dia orang ni...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

NONE"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

lim guan eng and penang deputy cm p ramasamy and mohd fairus khairuddin 120308 happyBeliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

"Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita...jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

"Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan," kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin (atas, berbaju gelap) yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lalu.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.

- Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran