Wednesday, September 16, 2009

Akhirnya Jenazah Mariam Dikebumi Cara Islam
sept 16 09

Kepada Allah jua terserah segala urusan....




KERANDA Mariam Johari, 88, diangkat pekerja terminal kargo Lapangan Terbang Incheon, Seoul untuk diangkat ke pesawat Thai Airways malam tadi

KOTA TINGGI, 16 Sept (Bernama) -- Mariam Johari, wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas terkandas di negara itu selama 64 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, di sini, Rabu.

Jenazah warga emas berusia 88 tahun itu dikebumikan kira-kira pukul enam petang dengan dihadiri kira-kira 50 orang termasuk anaknya, Ramlah Sonni, 72, Jelani, 70, adik bongsu Mariam, Iash Johari, 76.

Terdahulu hujan lebat mengiringi ketibaan jenazah Mariam di Hospital Kota Tinggi kira-kira pukul 3.40 petang untuk dimandi dan dikafan sebelum disembahyangkan di Masjid Jamek Kota Tinggi kira-kira pukul 5.15 petang.

Mariam menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah rumah kebajikan di Korea Selatan pada 5 Sept lepas akibat kegagalan fungsi ginjal dan buah pinggang.

Terdahulu, jenazah Mariam diterbangkan dari Seoul pada jam 8.50 malam semalam menggunakan pesawat Thai Airways melalui Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12 tenga hari.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, yang dilahirkan di Plentong, Johor Baharu, terkandas di Korea Selatan selepas mengikuti Cho Se Won, seorang tentera kerahan Jepun.

Hasrat Allahyarham untuk bertemu anak-anaknya yang ditinggalkan di negara ini sebelum ini termakbul melalui inisiatif stesen penyiaran Korea Broadcasting System (KBS) apabila beliau ditemukan dengan Ramlah, Jelani, cucunya, Ahmad Onn, 43, dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, di studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007 menerusi program "Love in Asia".

Pada 5 Sept 2007, warga emas itu kemudian pulang ke negara ini untuk bertemu keluarganya dan kembali semula ke Korea Selatan pada 13 Sept 2007.

Sementara itu, Jelani ketika ditemui berkata beliau dan seluruh ahli keluarga bersyukur kerana jenazah ibunya dapat disemadikan di sini seperti yang dihasrat ibunya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran