Wednesday, September 30, 2009

Islam Perlis dan Islam Malaysia
sept 30 09

Kita fahami sebentar isu islam wahabi perlis yang berbeza dengan islam dilain-lain negeri dimalaysia...kita lupakan sekejap bagan pinang yang pastinya akan lebih panas seminggu ini...Tokeyai terkesan dengan hadis nabi diakhir zaman nanti umat islam terbahagi kepada 72 kelompok hanya satu sahaja yang diiktiraf Allah atau yang benar jadi kalau ada 4 makhzab dah ada 4 kelompok campur dengan wahabi,syiah tarikat itu tarikat ini aurad itu aurad ini campur dengan ajaran-ajaran yang tak nampak dan mengikut fahaman sendiri jadi betullah kata Nabi SAW itu... jadi dimananya kedudukan kelompok yang satu itu...masing-masing mengatakan fahaman mereka lebih betul dan benar siap dengan nas dan hadis perkara yang sunat jadi harus perkara yang harus jadi sunat makruh haram dan sebagainya persoalannya mengapa berbeza-beza sedangkan Alquran hanya satu...mungkinkah sebabnya alquran dan hadis ditafsir oleh ulamak-ulamak yang berbeza fahaman dan latarbelakang atau kurang pengetahuan sehingga menimbulkan berbagai-bagai fatwa dan pegangan sehingga sesetengah orang sanggup mencipta ajaran islam sendiri yang dikenal sebagai ajaran sesat.....wallaualam

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

  • Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
  • Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah]. Wahabi dianggap syaitan-syaitan dari kalangan manusia.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

[sunting] Amalan kaum Wahabi menurut hadith

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

[sunting] Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
  5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
  6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
  8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
  10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

[sunting] Fahaman Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang pengamal wahabi juga

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran