sept 1 09
Masing-masing Ong dan Chua sedang menggunakan talian hayat akhir iaitu EGM yang akan menyaksikan dua EGM pada satu masa dah macam PPP pulak....dah tak lama umur MCA ni nampak gayanya macam-macam penyakit dah ada dah tinggal tunggu masa aje...itupun kalau umur panjang lagi bolehlah bawak-bawak cari sinseh yang power punya kasi settle itu sakit....kalau sakit tu boleh ubat kalau tak boleh....jangan lupa tulis wasiat.....itu wang-wang free banyak kasi sedekahlah...
Ong, Dr Chua rancang adakan dua EGM berasingan
KUALA LUMPUR: Krisis MCA dijangka bertambah meruncing apabila dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) mungkin diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti, minggu lalu.
Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.
"EGM ini juga diadakan bagi mengetahui sama ada ahli parti bersetuju dengan cara penyelesaian isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Rabu lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua berkuat kuasa serta-merta kerana skandal seksnya yang dikatakan memberi imej buruk kepada parti, tetapi keputusan itu dibantah sesetengah pemimpin dan ahli MCA.
Berikutan itu, penyokong Chua berusaha mendapatkan tandatangan perwakilan MCA bagi mengadakan EGM bagi membatalkan pemecatannya.
Mengikut perlembagaan MCA, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah, iaitu persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden dan satu pertiga anggota Jawatankuasa Pusat parti.
"Keputusan Ong itu mengelirukan penyokong dan ahli MCA, sekali gus menunjukkan pendiriannya yang sering berubah-ubah. Ketika saya dipecat dan penyokong saya berura-ura mahukan EGM, Ong menyelar dengan mengatakan ini akan menyebabkan MCA berpecah.
"Tetapi kini dia sendiri yang inginkan EGM dan perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang penyokong saya untuk terus mendapatkan tandatangan dan mengadakan EGM seperti yang diinginkan.
"Jika satu pertiga perwakilan meminta EGM dan semua syarat dipenuhi, parti tidak boleh menafikan permintaan itu dan apa yang kami lakukan adalah menggunakan kuasa perwakilan yang menjadi akar umbi dalam menentukan kedudukan kita dalam parti, berbanding Ong yang menggunakan kuasa Presiden," katanya.- bharian
No comments:
Post a Comment