Monday, September 14, 2009

Dr Mahathir Dikecam Pemuda MIC
sept 14 09

MIC akan mengambil tindakan disiplin terhadap seorang perwakilan parti yang mencadangkan supaya kalungan selipar diletakkan pada gambar mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu di sini semalam.

Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau amat kesal dengan kenyataan perwakilan itu dan dia akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Samy Vellu berkata beliau telah meminta perwakilan itu menghentikan ucapannya sebaik sahaja mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan pandangan bekas presiden Umno itu yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Bagaimanapun, katanya, arahannya supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya itu tidak dilaporkan oleh media.

Samy Vellu berkata demikian bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar bahasa Malaysia hari ini mengenai kenyataan perwakilan itu yang mengundang reaksi pelbagai pihak.

Menurutnya, beliau telah memberitahu perwakilan pada perhimpunan agung itu supaya memberi penghormatan tertinggi kepada Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara.

"Saya sedar bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai MIC telah menyinggung perasaan ramai perwakilan tetapi adalah tidak perlu untuk mencerca beliau sebegitu," katanya.

Samy Vellu, bekas menteri kerja raya, berkata beliau menghormati kebebasan perwakilan membahaskan sebarang perkara tetapi apabila ia menyentuh mengenai seseorang pemimpin negara, maka beliau terpaksa campur tangan.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran