Tuesday, September 15, 2009

Subra Ada Empat Opsyen
sept 15 09

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam yang kalah buat kali kedua Sabtu lalu akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.

Subramaniam berkata, beliau sedang mempertingkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.

"Biar saya fikirkan dan timbangkan kesemua opsyen yang ada... opsyen masih terbuka (untuk saya pertimbangkan). Dalam tempoh seminggu dua ini, saya akan mengumumkan keputusan saya," kata beliau kepada mStar Online.

"Banyak pihak bercakap, mencadangkan banyak perkara, saya akan memikirkan setiap perkara ini," katanya.

Difahamkan Subramaniam sedang memikirkan empat opsyen dengan mengadakan siri perbincangan bersama para penyokongnya.

EMPAT OPSYEN

Empat opsyen itu ialah kekal berjuang dalam MIC, menubuhkan parti baru, menyertai Pakatan Rakyat atau bersara terus daripada arena politik.

Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan berhubung keputusan yang bakal dibuat itu.

"Tidak, tidak... saya tidak mahu memberikan sebarang bayangan sekarang," katanya.

mStar Online difahamkan beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pucuk kepimpinan tertinggi dengan Barisan Nasional (BN) sebelum mengumumkan keputusannya.

Subramaniam tewas dalam usaha merampas balik jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang Datuk G. Palanivel.

Palanivel mengekalkan jawatannya itu dengan menewaskan Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan. Palanivel memperoleh 629 undi, Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).-mstar

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran