Thursday, September 17, 2009

Lotus F1 (1M) - Belum Apa-Apa 172juta Akan Terbang
sept 17 09

Posting semalam tokeyai dah cakap belanja mengurus team F1 nih bukan sikit mahu tak makan kita dibuatnya...nih baru cakap nak buat promote aje dah makan ratusan juta tu belum yang lain-lain lagi...tokeyai tak ambik peduli sangat kalau wang yang diguna bukan duit rakyat...tapi disebabkan kerajaan juga terlibat mesti pakai duit rakyat jugak...Air Asia Dan Naza tu tampal aje kot biar nampak macam ada swasta join sekali sebab kalau rugi pun taklah rakyat marah kat kerajaan...dan tokeyai masih tetap blur boleh ke dalam masa tak sampai setahun mungkin bulan Mac 2010 grand prix pertama team F1 1M dah boleh ada pemandu dan pit crew dari anak malaysia sendiri sedangkan nak melatih dia orang ni bukan boleh buat dalam setahun dua....gila...gila bukan dia orang yang gila...tokeyai yang gila nih....aduh... sakit kepala aku...

Promoter F1 1Malaysia tingkat pelaburan RM172 juta

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Promoter pasukan F1 1Malaysia akan membuat pelaburan awal sebanyak 10 juta pound (RM57.62 juta) sebelum dipertingkatkan kepada 30 juta pound (RM172.86 juta) dalam persediaannya menghadapi perlumbaan Formula Satu pada tahun depan.

Salah seorang promoter pasukan itu, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pelaburan tersebut membabitkan deposit untuk enjin yang akan siap pada Januari depan sebelum diuji sebulan selepas itu.

''Selain pelaburan digunakan untuk mendapatkan enjin, ia juga digunakan untuk rekaan badan kereta dan menjalankan ujian termasuk segala kos operasi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta negara ini bagi menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Selain Kamarudin, tokoh korporat Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.

Menurut Kamarudin, sebagai pemegang saham awal pasukan itu, pihaknya mengalu-alukan individu atau syarikat milik kerajaan atau swasta tempatan yang ingin menyertai pasukan tersebut.

''Dengan sokongan dan galakan Perdana Menteri serta pihak Proton, Lotus, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAMS) dan lain-lain, kami berbangga mengenainya (F1 1Malaysia) dan ketika ini terdapat peluang yang amat luas dalam F1.

''Kami merupakan promoter awal dan ideanya adalah menjalinkan perkongsian pintar antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan,'' ujarnya sambil memberitahu ia merupakan pelaburan individu dan bukannya AirAsia Bhd.

Kamarudin merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia manakala Fernandes pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah itu.

Ditanya mengenai pelaburan beliau dalam pasukan itu, Kamarudin berkata, sebagai pemilik pasukan, beliau melihat daripada aspek komersial seperti perkongsian liputan media, penajaan, penjualan barangan dan lain-lain lagi.

Tambah beliau, penyertaan swasta dalam pasukan F1 1Malaysia akan menyokong dan melengkap pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri automotif dan yang berkaitan dengannya pada masa lalu dan akan datang.

''Pelaburan yang dilakukan kerajaan sebelum ini adalah membina perkakasan (hardware), dan pembabitan kami pula merupakan platform bagi memajukannya lagi selain membina perisian (software) sokongan.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran