Saturday, September 19, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsSoi Lek Digantung 4 thn Pecat Ditarikbalik
sept 19 09

Raya-raya jugak publish tetap publish...apa dah jadi dengan MCA ni macam lalang betul-betul kalut dan mengelabah nampak sangat Ong tee keat benci dengan Chua soi lek...susah-susah sangat elok aje dibubar MCA ni tak pun buat pemilihan parti baru...dahlah Umno kalut MIC pun kalut dan sebagai rakyat yang bijak boleh ke kita berharap kat B-End yang kalut nih..

Jawatankuasa Pusat MCA (CC) hari ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat timbalan presiden Datuk Dr Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr Chua selama empat tahun berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini, Majlis Presiden MCA mengesahkan syor jawatankuasa disiplin parti itu supaya Chua dipecat ekoran skandal video seks didakwa telah mencemarkan imej parti itu.

Keputusan itu telah mendorong penyokong Chua untuk melancarkan kempen mengutip tandatangan para perwakilan parti itu, mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua dan mendesak supaya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat meletak jawatan.

Kejayaan mereka itu dilihat sebagai satu isyarat bahawa ramai perwakilan dan ahli akar umbi MCA yang tidak menyokong pemecatan timbalan presiden MCA itu.

Para pemerhati politik menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat membatalkan keputusan majlis presiden itu sebagai satu usaha untuk meredakan krisis yang melanda parti komponen kedua terbesar dalam BN itu.

Najib kini sedang berusaha untuk memulihkan sokongan kepada BN yang kalah teruk dalam pilihanraya umum tahun lalu di mana ia terlepas lima negeri kepada pembangkang serta hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran