Sunday, September 13, 2009

Peruntukan 1.35j Motif Utk Merampas Selangor
sept 13 09


Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.-tvantara

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran