Tuesday, September 1, 2009

Speaker Kedah Akan Dakwa SPR-MB
sept 1 09

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan, berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

"Kita mahu kepastian sama ada SPR (buat keputusan) betul atau tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker," katanya.

Baru-baru ini, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail, mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berikutan ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab. -bharian

Tokeyai

Yang sebetulnya SPR tak nak bagi malu UMngok untuk kali ke8 berturut-turut itu aje puncanya yang lain tu cuma kelentong SPR aje....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran