Tuesday, September 15, 2009

Saya Tidak Sembunyikan Apa-Apa (di sini)-Khir Toyo
sept 15 09

Semua dah dedahkan pada SPRM dalam masa 6jam soal-siasat itu...saya tidak sembunyikan apa-apa (baca disini)...tapi saya sembunyikannya diluar negeri...kha...kha...kakakaka....toyol mana curi-curi siang hari dia curi malam hari baru namanya toyol.......

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana tidak berniat menyembunyikan sesuatu.

"Saya sudah berikan kerjasama penuh. Saya berikan bil-bil yang diminta," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya tiada apa hendak disembunyikan. Dan ini bukan kali pertama saya dipanggil. (Tetapi) sudah empat, lima kali."

Ketua pembangkang Selangor itu diminta mengulas siasatan SPRM selama enam jam terhadapnya, yang lawatan beliau bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ke Maghribi pada 2004 dan isu pembinaan banglo mewahnya di Seksyen 7 Shah Alam yang menjadi kontroversi Julai lalu.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran