Monday, September 7, 2009

Akhirnya Gangster Lembu Didakwa
sept 07 09

Lembu punya kapla engkau orang kena penjara.....baru padan dengan muko nak tunjuk hero tak kena tempat....ada otak letak kat lutut...tapi kita tengok akhiran episod ini apakah ianya hanya sandiwara kerana PRK Bagan Pinang atau kerajaan UMno betul-betul dah insaf....boleh percaya kah????....tokeyai rasa episod ini takkan berakhir disini lepas ini gerenti akan ada suatu angkatan yang akan menghalang pendakwaan ini....tak percaya? lu orang tengoklah sendiri nanti...gua sudah boleh baca beb....


Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu, akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti laporan kertas siasatan polis yang diterimanya tengah hari tadi.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran