Tuesday, September 8, 2009

B.Pinang Bapak Anak Bapak Guna Logo Baru
sept 08 09

Calon Umno Bagan Pinang terbuka kepada semua bapak anak bapak menantu bapak biras bapak mertua bapak semua boleh....lelong....lelong....

UMNO BARU LOGO PUN MESTILAH BARU



Image
(Gambar: Bapak atau anak bapak akan menjadi calon di Bagan Pinang. Mohd Isa dan anaknya Mohd Najib (kanan sekali)

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng. Walau bagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Seorang lagi tokoh tempatan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga merupakan seorang "lone ranger" yang tidak mempunyai sebarang "team" khusus di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

Maka pada mulanya ramai yang menjangka akan berlaku perebutan dalam menentukan calon. Iaitu sama ada dari kem Mohd Isa yang merupakan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang atau pun calon dari kem Mohd Hasan, Pengerusi Perhubungan.

Namun kini maklumat terbaru yang diperolehi, Mohd Hasan telah menyerahkan tugas memilih calon kepada Mohd Isa. Desas desus daripada Umno bahawa terdapat dua calon popular untuk bertanding kerusi Bagan Pinang iaitu Mohd Isa sendiri atau pun anak lelaki beliau, Mohd Najib Mohd Isa.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran