Showing posts with label isu kartika. Show all posts
Showing posts with label isu kartika. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Jangan Ganggu Saya Rela Disebat-Kartika
sept 17 09


Kartika Sari Dewi Shukarnor

Kartika dakwa didesak pelbagai pihak rayu hukuman sebat

IPOH: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang mendakwa diganggu pelbagai pihak sejak dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang jika mereka terus mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya.

Beliau mengeluarkan notis awal mengenai amaran itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Adham & Associate semalam, selepas berasa kedudukan diri dan keluarganya terganggu oleh pelbagai pihak, termasuk mendesaknya merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebat yang bakal dilaksanakan selepas Aidilfitri.

Bagi menjaga kepentingannya, Kartika Sari, 32, melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma berkenaan, iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

"Selepas isu itu tersebar, saya dihubungi pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengadakan pertemuan.

"Saya didesak melakukan pelbagai perkara yang saya sekeluarga enggan lakukan.

"Saya sudah mendapatkan nasihat peguam sivil serta syarie berkaitan pelaksanaan hukuman itu dan berpuas hati dengan nasihat mereka.

"Saya secara tegas memberi notis tidak mahu diganggu orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan.

"Segala perjumpaan yang sudah, sedang dan akan dirancang serta hubungan dengan sekeluarga perlu dihenti serta-merta.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengganggu ketenteraman saya sekeluarga," katanya.

Tokeyai

Ntah apa-apalah dia orang nih tokeyai pun heran dibuatnya...semuanya nak menangguk diair keruh ambik kesempatan untuk mengangkat dan mencipta nama besar untuk diri sendiri...boleh belah la lu orang....

Thursday, August 27, 2009

Jangan Gopoh Sebat Kartika-TGHH
ogos 27 09

Tokeyai tak fahamlah yang empunya badan rela untuk menerima hukuman tapi menteri-menteri dan orang-orang yang nak mencari publisiti murahan sibuk untuk menjadi hero yang berkepentingan nawaiitu dah tak betul macamana nak menegakkan hukum Allah....hukum Allah bukan mendera tetapi untuk mendidik dan menjadikan ia selari dengan zaman...itu kata TGHH....Wallahualam...bisawab

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

SEBAT CARA ISLAM

SEBAT CARA ISLAM



Kenyataan Menteri boleh hina mahkamah-malaysiakini

Menteri-menteri diminta berhenti mengeluarkan kenyataan "jahil" berkenaan prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah.

Muhammad Burok juga menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.

"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Wednesday, August 26, 2009

Isu Kartika Sepatutnya diSebat 80 kali-Mufti Perak
ogos 26 09

Pertama kalinya tokeyai setuju dengan pendapat mufti perak...baru nampak muftinya itu dan orang akan hormat jika dia terus macam ni...jangan sibuk nak berpolitik bikin orang bengang aje..

Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.

Mufti Perak berkata, hukuman enam sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan.

"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang.

"Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

"Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya apabila sebatan dilaksanakan, tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak," katanya hari ini.

"Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja."
[Baca juga: Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

"Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris.

"Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh."

Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

"Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan.

"Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada
Malaysiakini.

"Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan.

"Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

"(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya."-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran