Friday, October 2, 2009

Lagi Pengakuan Bekas Tentera Mengenai Undi Pos
okt 2 09

Jadi kesimpulannya betullah polis dan askar dipaksa untuk mengundi B-End sebelum ini pun dalam posting tokeyai bulan lalu pun ada tokeyai nyatakan rakan polis tokeyai yang dipaksa untuk mengundi B-End.....memang jahanam dia orang ini...

Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.

Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeaan.

Kata Suhaizan lagi, pesara tentera itu turut sama dalam perjumpaan kerana dia telah menyertai parti itu dan kini menganggotai jawatankuasa undi pos Pemuda PAS.

Perjumpaan tersebut diketuai oleh naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Selain Abdul Aziz, kata Suhaizan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut hadir.

Ekoran pendedahan itu, Suhaizan menulis dalam blognya, mendakwa Abdul Aziz menjawab, beliau telah banyak mendengar aduan tersebut dan tidak pasti dengan perkara itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini Suhaizan berkata, pesara tentera tersebut bersedia tampil mendedahkan perkara itu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selepas penamaan calon esok.

Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: "Kerana dia sudah bersara".

"Ini usaha berterusan kita untuk terus mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undi pos secara menyeluruh," katanya.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran