Thursday, October 8, 2009

Selamat Mengundi Abang Tentera
okt 08 09

Hari ini para tentera kita akan mula mengundi sehingga 11 okt nanti...kepada abang-abang tentera ingatlah ini...bertolong-tolongan lah kamu dalam menegakkan agama allah dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam kerja kemungkaran...ISA yang akan anda pilih itu telah jelas seorang perasuah besar sahabat-sahabatnya adalah syaitan dan tokeh-tokeh besar dikala kesempitan ini dia memandang anda terlalu tinggi tetapi dikala senang nanti anda pasti akan disepak jauh...pilihlah pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi yang sudah pastinya tidak akan mengamalkan rasuah...jangan takut untuk memangkah pas...Ingatlah kehidupan kita semua ditangan Allah SWT..

Tentera perlu Berani Buat Perubahan-Nik Aziz

KOTA BHARU, 7 Okt: Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini.

Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.

"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.

ImageNik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.

"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.

Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya._

Bantuan Guaman Untuk Tentera

Dewan Pemuda PAS pusat bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota tentera yang diambil tindakan kerana mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .

"Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti," kata ketuanya Nasrudidn Hassan.

"Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi. Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara.

"Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Nasruddin berkata, bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat, Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan .

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos.

"Sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera. Harapan kita, tiada sebarang penyelewengan, insya Allah," katanya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran