Tuesday, August 17, 2010

HARUSKAHNI BUAT HAL LAGI elak perang katanya...

Kali ini Mufti haruskahni cakap lagi dashyat....pasal ada satu parti nak pinda perlembagaan persekutuan kalau jadi memerintah nanti.....wa tau dia mesti tuju kat PAS nie....biasanya paslah yang nak pinda sistem sekular kepada sistem islam...ini pendapat walah....apalah punya kufur mufti nie....orang nak pinda sekular kepada islam pun dia nak kecohkan satu malaya....kononnya biar orang cemaslah konon.....patutnya dia setuju dia taraf mufti lagi....ini tak....ini namanya mufti mangkuk ayun....kalau betullah apa yang wa sangkakan....Yang kedua wa nak tanya...mufti ni tak dak kerja lain ker....dok sibuk cari publisiti 24jam....kalau yo pun nak jadi menteri....bertandinglah istihar masuk umno....masuk gelanggang jom kita bersilat....ini dok menyalak atas paltform mufti....mangkuk ayun punya orang.....ini cerita pasal tukar perlembagaan nie....darimana dia dapat info nie....pehhh mengalahkan SB-SB pulak....ini macam boleh ganti tempat musa hassan tu.....cekap dan betul pembohongannya....wa betul-betul heranlah kat mufti gila talak nie....dia nie betul-betul pandai buat kecoh...benda sekecil kuman dia boleh besarkan jadi bukit....baru jumpa buku dah kata orang nak tukar perlembagaan...kalau tukar pun apa salahnya...perlembagaan tu dulu mat-mat saleh yang buat....kita pindalah mengikut acuan malaysia sekarang.....sengal punya mufti....otak menipu tak habis-habis....



‘Elak perang besar’



KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.
“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.
Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.
“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.-utusan meloya

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran