Tuesday, August 10, 2010

PERMOHONAN GUGUR KES LIWAT 16 OGOS

Sekali lagi...macam dah tau aje keputusannya....

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Nasib permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kes liwat keduanya, yang dihadapi sekarang, harus digugurkan ataupun sebaliknya akan diketahui Isnin depan.

Mahkamah Tinggi memutuskan perkara itu selepas mendengar hujah berhubung permohonan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, ekoran pendedahan hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.
Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.
Dalam permohonannya, Anwar mendakwa Saiful mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting perbicaraan ekoran hubungan romantis dengan Farah Azlina.
Pasukan pendakwa menafikan dakwaan Anwar itu dengan menegaskan, peranan Farah Azlina setakat mengambil catatan prosiding mahkamah sahaja.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden juga mempertahankan bahawa Farah Azlina juga tiada akses kepada dokumen-dokumen perbicaraan sejak kes itu bermula awal tahun ini.
Farah Azlina telah pun digugurkan daripada pasukan pendakwa raya sebelum kes Anwar disambung semula 2 Ogos lalu.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah kedua-dua pihak.
“Saya tidak boleh memutuskan hari ini,” kata Mohd Zabidin.
Katanya, beliau akan memutuskan sama ada menggugurkan tuduhan ataupun sebaliknya Isnin depan.
Petang semalam, mahkamah menolak permohonan Anwar agar Saiful dan Farah Azlina dipanggil untuk menjawab dakwaan hubungan romantis mereka.
Mohd Zabidin menolak permohonan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh untuk mengarahkan Farah dan Saiful memberi keterangan mengenai pembabitan hubungan romantis mereka.
Mohamad Zabidin memutuskan bahawa isu itu telah terjawab menerusi afidavit dan mahkamah tidak sanggup diseret ke dalam perkara itu.
Dalam menolak permohonan Anwar itu, katanya mahkamah mengamalkan sistem pertentangan dan dia tidak mahu menyifatkan dirinya dalam situasi itu.
Anwar dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Mahkamah mendengar hujahan pembelaan mengenai merit menggugurkan tuduhan terhadap Anwar hari ini.-TMI

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran