Friday, August 20, 2010

BOSS FELDA TAK MAU PUBLISITI MURAHAN

Yusof Nor tak mau layan publisiti murahan...nak tau kenapa....sebab gaji dia mahal....dia tak layan benda yang murah-murah nie....kalau nak apa-apa kat dia kena bagi yang mahal-mahal....sama gak ngan publisiti....tarak faham ka....



KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah sengaja mencari “publisiti murahan” kerana terus mendesak agar mendedahkan pendapatan yang diterima selaku Pengerusi Felda.
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari “publisiti murahan”.
“Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.
“Kami ada tugas yang murni untuk dilaksanakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sivarasa yang masih mendesaknya agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Bagaimanapun Sivarasa menegaskan beliau tidak akan membuat pendedahan itu terlebih dahulu, tetapi mahu Yusof sendiri menjelaskan jumlah sebenar pendapatannya.
Sivarasa berkata, Yusof (gambar) sepatutnya mendedahkan ganjaran yang diterima kerana beliau berkhidmat dengan sebuah agensi ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
“Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat, jadi sebagai seorang pengerusi beliau (Yusof) patut dedahkan pendapatan tahunannya kepada umum terutamanya kepada peneroka.
“Lagipun ia sudah menjadi amalan biasa seorang pengerusi yang bekerja dengan badan berkanun dedahkan pendapatan mereka,” katanya.
Pada Sabtu lalu Sivarasa mencabar Yusof agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.
Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.
Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh,” kata Yusof lagi.
Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.
Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran