Friday, August 13, 2010

DARI BLOG MSO.....SETITIK

Surat Biru Kepada Wan Azizah Dijawab Ezam

LAMA saya tidak mendengar suara apa lagi bertentangan mata dengan pemuda yang saya anggap sebagai macho dan romantis. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah siang hari sebelum dia memasuki ke stadio tv untuk berdebat dengan Husam Musa. Dia diminta oleh penerbit rancangan debat berkenaan untuk mengganti Ahmad Zahid Hamidi yang mulanya disiapkan untuk berdebat dengan Husam tetapi membatalkan niat.

Selepas perjumpaan itu saya tidak lagi berjumpa dengannya. Ada beberapa kali saya mengirim SMS tetapi tidak dijawab oleh pemuda macho ini. Entah kenapa? Mungkin dia merasakan penamnpilan saya dalam layar internet dan penulisan akhir-akhir ini tidak menyeronokkannya.

Tidak mengapa. Perjalanan politiknya saya pantau dari belakang. Dia seorang anak muda yang saya culakan bakal menjadi pemimpin besar suatu hari hari kelak. Itulah perkiraan saya dengan melihat bakat, kemampuan dan penampilan syaksiahnya. Dia juga dilihat sebagai tenang, tetapi memiliki sekeping hati yang bugis. Itu saya kira dan itulah sifat-sifat pejuang tulen.

Semalam tidak semena-mena saya menerima sapaan SMS daripadanya. Saya sudah terlupa nombor telefon tertera di skrin BB saya itu nombornya. Selepas membaca SMS berkenaan maka kenallah saya, bahawa dia adalah Khasbul Khafi yang macho dan romantik itu. Ezam.

Inilah SMS dari Ezam,

"... Salam ramadhan mubarak ustadz. baru sempat baca blog ustadz dgn semangat ramadhan saya ingin tegaskan tinggalkan anwar bukan krn (kerana) sebab politik ttp (tetapi) agama. juga bukan krn saingan azmin tpp (tetapi) xmahu (tidak mahu) subahat hal kedayusan azmin yg jelas di kutuk agama. round sogor (selangor) (dah stegh msia dah round) bukan soal puluhan atau ribuan. soal lunaskan hutang sy bela orang secara salah supaya boleh menghadapi ilahi dlm keredhaana. selamat berbuka ustadz. wassalam. ezam...." 

Ezam menghantar SMS itu selepas saya postingkan catatan Surat Biru Untuk Kak Wan. Suka dan gembira saya menerima SMS Ezam berkenaan. Tak semena-mena surat untuk Kak Wan membuatnya terpanggil untuk menghubungi saya. Saya menganggap SMS itu salam Ramadhan. Dan saya memblalas SMS Ezam itu seperti mana berikut;

"... terima kasih sdr ezam kena (kerana) mengingati saya. mulanya saya dah ambil sikap tak mahu usik (sdr) selapas saya pancing rakyat agr sdr ditonjol jadi mb (Selangor) tapi bila baca kenytaan kak wan yang diusik sdr saya menjadi simpati. harap janganlah kaitkan kak wan tapi lawanlah anwar. selamat bersaur...."

Selepas itu tidak ada SMS berikutan dari Ezam. Mungkin dia ke masjid mendirikan solat tarawih 20 rekaat.

Hari ini dalam sebuah portal saya lihat Ezam masih terus mengulangi mencabar Azizah. Menyatakan kesediaan untuk berdepan di mahkamah dan meminta juga Azizah bersumpah laknat. Ezam juga dipetik sebagai menceritakan bagaimana ibunya yang dipanggil bonda oleh Azizah meminta Azizah berkata benar.

Saya setuju dengan Ezam, sesiapa pun harus berkata benar termasuk dirinya sendiri. Tetapi dalam hubungan ini, saya rasakan tidak perlu untuk Ezam mendesak alis menyerang Azizah begitu. Ezam kena faham hubungan Azizah dengan Anwar sebagai suami isteri. Azizah adalah anak-anak kepada Anwar. Sebagai seorang bersaksiyah tinggi Ezam tidak sepatut berbuat begitu. Ezam harus melihat ke wajah isterinya Bahirah sebelum mendesak demikian. Ezam juga harus mengenangkan kepada anak-anaknya sebelum meminta Azizah bercakap benar. Ezam harus memahami betapa kemen dan sucinya sutra ikatan suami dan isteri.

Kepada saya kebencian dalam politik walaupun tidak ada batas, tetapi kemanusiaan kita harus membatasinya, sebab kita masih makhluk yang mulia. Manusia diberikan Allah ehsan, tetapi politik adalah game yang tidak mempunyai apa-apa ehsan, dan penuh bobrok. Ezam sepatutnya membatasi itu. Saya agak kecewa kerana dia yang saya merasakan bukan saja romantis tetapi mempunyai keperibadian tinggi tetapi hilang segala itu bila beliau kecewa. Kekecewaan bukan pengakhiran kepada hidup kita.

Masalah Anwar adalah masalah peribadinya. Dan masalah dia dengan Tuhannya. Macam juga masalah Dr Mahathir Mohamad itu masalah Mahathir dengan Tuhannya. Begitu juga Najib dan Rosmah. Kita boleh berbicara dan menegur di luar daripada bilik peribadi itu. Walaupun Ezam ada hak menegurnya atas untuk menebus dosa tetapi Tuhan tetap menyediakan kaedah dan cara-cara yang harmonis. Keterlanjuran atau dosa Anwar, Tuhan tidak suruh hamba-hambaNya melihat begitu saja tanpa menegur dan mengislahkan. Tetapi dalam pada itu caranya tetap ada.

Cara Ezam lakukan hari ini tidak boleh diterima. Kanditipun beliau ingin menbus dosanya, tetapi bukan cara itu. Ingatlah kebaikan itu disertakan dengan niat yang baik. Dan niat yang baik itu dizahirkan dengan perbuatan yang baik juga. Ada mis-mis Ezam mahu mengaibkan Anwar di pentas politik lantas menumbangkannya. Nyah Anwar dari Selangor!

Sekejam mana seekor harimau yang membaham mangsanya, manusia yang membunuh harimau itu ternyata lebih kejam. Dalam hukum manusia, manusia yang membunuh harimau itu akan dihukum bukannya harimau yang membaham mangsa.

Tiada masalah kalau Ezam hendak menebus dosa, hendak bertaubat. Pintu taubat masih terbuka. Ezam membaca banyak buku agama, tentang kewalian. Malahan pernah mendampingi Sheikh Mahmud di Dengkil, Selangor. Kenapa Ezam tidak mengambil jalan kewalian untuk berbuat baik kepada diri dan kepada diri orang lain. Itu paling afdal. Kalau Sheikh Mahmud boleh berkawan dengan sami Buddha kenapa Ezam harus sekejam itu dengan Anwar?

Saya teringat kisah seorang wali yang berdosa kerana hanya melihat betis seorang perempuan, telah lari ke gunung untuk memohon keampunan daripada Allah. Kisahnya begini, wali ini (nama lupa) telah kegelapan dan bermalam di rumah sahabatnya. Dia tidur di ruang luar. Ruang itu hanya ada bilik yang ditabir dengan kain. Entah macam mana angin bertiup ke dalam rumah dan menyelak kain tabir. Tak semena-mena wali itu terpandang betis isteri kawannya itu yang sedang baring.

Lantas dia merasa sangat bersalah dan berdosa kerana memandang betis perempuan yang bukan muhrim itu. Lalu keesokkan harinya dia memanjat gunung masuk ke gua bermohon kepada Allah agar mengamuni dosanya itu. Dia tetap di gunung berkenaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Begitu thariq wali berbeza dengan thariqa Ezam.

Nah, Ezam ambillah cara wali itu dalam memohon keampuan atas dosanya lalu. Bukan menerusi saluran yang dibuat kini bersekongkol dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Mungkin Ezam kata kondisi dosanya dengan wali itu berbeza. Tetapi renungi dan ambil ikhtibar dari cara penyelesaian wali itu. Dia berdosa secara peribadi dan tidak libatkan orang lain. Begitu juga dengan Ezam, rakyat Malaysia tidak tahu berapa kotak dan berapa peti dosa Ezam disebabkan membantu Anwar selama ini? Tidak. Dosa itu masih bersifat peribadi.

Jadi untuk apa Ezam naik dan turun pentas bagi mentahrah dan menyamakkan dirinya. Ezam juga perlu sedar cara beliau menyamak dan menyuci itu menyebabkan orang membenci dan marah kepadanya. Sedar juga menimbulkan keadaan boleh menyebabkan orang prejudis kepada kita juga sebagai dosa.

Dalam SMS itu Ezam kata tindakan itu bukan kerana politik. Saya ingin tanya satu soalan mudah saja. Kalau benar bukan kerana politik kenapa Ezam menerima tawaran sebagai senator boy? Bukankan jawatan itu ada kena mengena dengan politik? Saya tidak percaya apa yang Ezam katakan itu tidak ada kaitan dengan politik selagi beliau tetap menyuci dosa atas pentas politik dan tidak meletakkan jawatan sebagai senator. Apakah kalau tertakdir Anwar jatuh kerana kempennya Ezam akan bersara? Oh tidak.... [wm.kl. 4:40 pm 12/08/10]

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran