Showing posts with label ezam lahanat. Show all posts
Showing posts with label ezam lahanat. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

EZAM CUBA HERET AZIZAH DIA TERHERET KEJAWI

Mangkuk ayun punya senatak nie...cuba mengubah strategi dengan mengheret azizah dalam permainan politik bangang dia tu....setelah cubaan untuk melemahkan anwar tak berjaya....gua gerenti lepas nie senatak katak nie..akan mengheret keluarga anwar yang lain pulak....dan tak mustahil setelah segala usahanya gagal...maka jalan terakhirnya ialah mengisytiharkan dirinya pernah diliwat anwar....itu taktik terakhir dia....tak percaya....korang tunggu aje lah......mamat ni akan menjual segala-galanya  untuk membodek najib menjatuhkan anwar......sialan...punya orang.....


'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI
Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri AnwarIbrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.


"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkanTwitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.-mkini

Friday, August 13, 2010

DARI BLOG MSO.....SETITIK

Surat Biru Kepada Wan Azizah Dijawab Ezam

LAMA saya tidak mendengar suara apa lagi bertentangan mata dengan pemuda yang saya anggap sebagai macho dan romantis. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah siang hari sebelum dia memasuki ke stadio tv untuk berdebat dengan Husam Musa. Dia diminta oleh penerbit rancangan debat berkenaan untuk mengganti Ahmad Zahid Hamidi yang mulanya disiapkan untuk berdebat dengan Husam tetapi membatalkan niat.

Selepas perjumpaan itu saya tidak lagi berjumpa dengannya. Ada beberapa kali saya mengirim SMS tetapi tidak dijawab oleh pemuda macho ini. Entah kenapa? Mungkin dia merasakan penamnpilan saya dalam layar internet dan penulisan akhir-akhir ini tidak menyeronokkannya.

Tidak mengapa. Perjalanan politiknya saya pantau dari belakang. Dia seorang anak muda yang saya culakan bakal menjadi pemimpin besar suatu hari hari kelak. Itulah perkiraan saya dengan melihat bakat, kemampuan dan penampilan syaksiahnya. Dia juga dilihat sebagai tenang, tetapi memiliki sekeping hati yang bugis. Itu saya kira dan itulah sifat-sifat pejuang tulen.

Semalam tidak semena-mena saya menerima sapaan SMS daripadanya. Saya sudah terlupa nombor telefon tertera di skrin BB saya itu nombornya. Selepas membaca SMS berkenaan maka kenallah saya, bahawa dia adalah Khasbul Khafi yang macho dan romantik itu. Ezam.

Inilah SMS dari Ezam,

"... Salam ramadhan mubarak ustadz. baru sempat baca blog ustadz dgn semangat ramadhan saya ingin tegaskan tinggalkan anwar bukan krn (kerana) sebab politik ttp (tetapi) agama. juga bukan krn saingan azmin tpp (tetapi) xmahu (tidak mahu) subahat hal kedayusan azmin yg jelas di kutuk agama. round sogor (selangor) (dah stegh msia dah round) bukan soal puluhan atau ribuan. soal lunaskan hutang sy bela orang secara salah supaya boleh menghadapi ilahi dlm keredhaana. selamat berbuka ustadz. wassalam. ezam...." 

Ezam menghantar SMS itu selepas saya postingkan catatan Surat Biru Untuk Kak Wan. Suka dan gembira saya menerima SMS Ezam berkenaan. Tak semena-mena surat untuk Kak Wan membuatnya terpanggil untuk menghubungi saya. Saya menganggap SMS itu salam Ramadhan. Dan saya memblalas SMS Ezam itu seperti mana berikut;

"... terima kasih sdr ezam kena (kerana) mengingati saya. mulanya saya dah ambil sikap tak mahu usik (sdr) selapas saya pancing rakyat agr sdr ditonjol jadi mb (Selangor) tapi bila baca kenytaan kak wan yang diusik sdr saya menjadi simpati. harap janganlah kaitkan kak wan tapi lawanlah anwar. selamat bersaur...."

Selepas itu tidak ada SMS berikutan dari Ezam. Mungkin dia ke masjid mendirikan solat tarawih 20 rekaat.

Hari ini dalam sebuah portal saya lihat Ezam masih terus mengulangi mencabar Azizah. Menyatakan kesediaan untuk berdepan di mahkamah dan meminta juga Azizah bersumpah laknat. Ezam juga dipetik sebagai menceritakan bagaimana ibunya yang dipanggil bonda oleh Azizah meminta Azizah berkata benar.

Saya setuju dengan Ezam, sesiapa pun harus berkata benar termasuk dirinya sendiri. Tetapi dalam hubungan ini, saya rasakan tidak perlu untuk Ezam mendesak alis menyerang Azizah begitu. Ezam kena faham hubungan Azizah dengan Anwar sebagai suami isteri. Azizah adalah anak-anak kepada Anwar. Sebagai seorang bersaksiyah tinggi Ezam tidak sepatut berbuat begitu. Ezam harus melihat ke wajah isterinya Bahirah sebelum mendesak demikian. Ezam juga harus mengenangkan kepada anak-anaknya sebelum meminta Azizah bercakap benar. Ezam harus memahami betapa kemen dan sucinya sutra ikatan suami dan isteri.

Kepada saya kebencian dalam politik walaupun tidak ada batas, tetapi kemanusiaan kita harus membatasinya, sebab kita masih makhluk yang mulia. Manusia diberikan Allah ehsan, tetapi politik adalah game yang tidak mempunyai apa-apa ehsan, dan penuh bobrok. Ezam sepatutnya membatasi itu. Saya agak kecewa kerana dia yang saya merasakan bukan saja romantis tetapi mempunyai keperibadian tinggi tetapi hilang segala itu bila beliau kecewa. Kekecewaan bukan pengakhiran kepada hidup kita.

Masalah Anwar adalah masalah peribadinya. Dan masalah dia dengan Tuhannya. Macam juga masalah Dr Mahathir Mohamad itu masalah Mahathir dengan Tuhannya. Begitu juga Najib dan Rosmah. Kita boleh berbicara dan menegur di luar daripada bilik peribadi itu. Walaupun Ezam ada hak menegurnya atas untuk menebus dosa tetapi Tuhan tetap menyediakan kaedah dan cara-cara yang harmonis. Keterlanjuran atau dosa Anwar, Tuhan tidak suruh hamba-hambaNya melihat begitu saja tanpa menegur dan mengislahkan. Tetapi dalam pada itu caranya tetap ada.

Cara Ezam lakukan hari ini tidak boleh diterima. Kanditipun beliau ingin menbus dosanya, tetapi bukan cara itu. Ingatlah kebaikan itu disertakan dengan niat yang baik. Dan niat yang baik itu dizahirkan dengan perbuatan yang baik juga. Ada mis-mis Ezam mahu mengaibkan Anwar di pentas politik lantas menumbangkannya. Nyah Anwar dari Selangor!

Sekejam mana seekor harimau yang membaham mangsanya, manusia yang membunuh harimau itu ternyata lebih kejam. Dalam hukum manusia, manusia yang membunuh harimau itu akan dihukum bukannya harimau yang membaham mangsa.

Tiada masalah kalau Ezam hendak menebus dosa, hendak bertaubat. Pintu taubat masih terbuka. Ezam membaca banyak buku agama, tentang kewalian. Malahan pernah mendampingi Sheikh Mahmud di Dengkil, Selangor. Kenapa Ezam tidak mengambil jalan kewalian untuk berbuat baik kepada diri dan kepada diri orang lain. Itu paling afdal. Kalau Sheikh Mahmud boleh berkawan dengan sami Buddha kenapa Ezam harus sekejam itu dengan Anwar?

Saya teringat kisah seorang wali yang berdosa kerana hanya melihat betis seorang perempuan, telah lari ke gunung untuk memohon keampunan daripada Allah. Kisahnya begini, wali ini (nama lupa) telah kegelapan dan bermalam di rumah sahabatnya. Dia tidur di ruang luar. Ruang itu hanya ada bilik yang ditabir dengan kain. Entah macam mana angin bertiup ke dalam rumah dan menyelak kain tabir. Tak semena-mena wali itu terpandang betis isteri kawannya itu yang sedang baring.

Lantas dia merasa sangat bersalah dan berdosa kerana memandang betis perempuan yang bukan muhrim itu. Lalu keesokkan harinya dia memanjat gunung masuk ke gua bermohon kepada Allah agar mengamuni dosanya itu. Dia tetap di gunung berkenaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Begitu thariq wali berbeza dengan thariqa Ezam.

Nah, Ezam ambillah cara wali itu dalam memohon keampuan atas dosanya lalu. Bukan menerusi saluran yang dibuat kini bersekongkol dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Mungkin Ezam kata kondisi dosanya dengan wali itu berbeza. Tetapi renungi dan ambil ikhtibar dari cara penyelesaian wali itu. Dia berdosa secara peribadi dan tidak libatkan orang lain. Begitu juga dengan Ezam, rakyat Malaysia tidak tahu berapa kotak dan berapa peti dosa Ezam disebabkan membantu Anwar selama ini? Tidak. Dosa itu masih bersifat peribadi.

Jadi untuk apa Ezam naik dan turun pentas bagi mentahrah dan menyamakkan dirinya. Ezam juga perlu sedar cara beliau menyamak dan menyuci itu menyebabkan orang membenci dan marah kepadanya. Sedar juga menimbulkan keadaan boleh menyebabkan orang prejudis kepada kita juga sebagai dosa.

Dalam SMS itu Ezam kata tindakan itu bukan kerana politik. Saya ingin tanya satu soalan mudah saja. Kalau benar bukan kerana politik kenapa Ezam menerima tawaran sebagai senator boy? Bukankan jawatan itu ada kena mengena dengan politik? Saya tidak percaya apa yang Ezam katakan itu tidak ada kaitan dengan politik selagi beliau tetap menyuci dosa atas pentas politik dan tidak meletakkan jawatan sebagai senator. Apakah kalau tertakdir Anwar jatuh kerana kempennya Ezam akan bersara? Oh tidak.... [wm.kl. 4:40 pm 12/08/10]

Thursday, August 12, 2010

WAN AZIZAH JAWAB SENATAK EZAM

Ezam nie tak taulah den nak cakap apo....untuk survive politik dia...tak habis-habis dia nak hentam keluarga anwar....apalah punya jenis manusia nie....tak modal lain ker....atau dia memang dibayar untuk melingkupkan keluarga anwar.....helo bro jangan dimakan sumpah nanti sudahlah bro...


Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah: 

Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?
Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.
Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.
Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah."
Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."
Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?
Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.
Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?
Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa. 

Saturday, July 24, 2010

EZAM PELACUR POLITIK IDAM JADI MB SELANGOR

Mamat ni sebenarnya tak ada apa-apa pun yang bagusnya....jadi senator pun sebab untuk dijadikan lembu tunggangan oleh najib... itu aje....daripada jadi hantu bergentayangan tak bertuan itu yang najib ambik bela....macam hantu bila tuannya rasa nak digunakan masa itulah dia muncul....kalau tak duduklah dia celah-celah ketiak ke kelengkang ke buntut ke tuan dialah....manusia yang dah jadi hanturaya nie...kerja dia lain tak ada...mengacau dan menghisap darah orang...wa tak heran lepas ni....hantu ini akan mencekik tuan dia sendiri...sebelum dia cari tuan lain.....ada riwayat menyatakan seorang pelacur yang dapat keampunan allah dengan memberi anjing air.....tapi pelacur jenis macam ezam sesumpah sumpit nie....sementelah dah jadi hanturaya pulak itu....menipu sana sini dan gila nak jadi MB selangor....lebih hina dari pelacur diriwayat tersebut...wa pun tak tahu nak level kan dia apa....




Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, Ezam memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini.

Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia.

Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut.

Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu.

Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini.

Gandingan lama, MP bebas turut serta


Kesemua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana Ezam difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu.

Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu.

Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu.

Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat.

Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh.

Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka.

"Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya.

Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi Ezam.

"Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama. 

"Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini.

Thursday, May 27, 2010

RUPO EZAM LEPAS JADI SENATOR

Jangan terperanjat inilah rupo ezam jilatinajib sekarang......

mangkuk ayun ni tak habis-habis nak menjaja isu liwat nie...memang jenis celaka lahanat tukang tabur fitnah..berak merata-rata...juga penjilatinajib 

Ezam buat tuduhan jahat


SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.-sinar

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran