Macam ini ke nota teo beng hock tu......
Bukti Baru Inkues Beng Hock: Peguam Negara Jelaskan Kenapa Baru Sekarang...
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara lewat petang Isnin mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan kenapa mereka hanya mengemukakan tentang wujudnya satu bukti baru dalam prosiding inkues mendiang Teoh Beng Hock hari ini yang antara lain mengesahkan bahawa mereka telah menemui sekeping nota di dalam beg galas mendiang yang mungkin dapat memberi indikasi tentang kematiannya. Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh Beng Hock sebelum itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga mendiang dan juga kerajaan Selangor.
SHAH ALAM, 9 Ogos — Peguam Gobind Singh Deo menuduh Jabatan Peguam Negara menyembunyikan bukti yang dipercayai boleh menjejaskan perjalanan inkues Teoh Beng Hock yang bermula tahun lalu.
Terdahulu peguam keluarga Teoh menemui dengan koroner Azmil Munthapa Abas di kamarnya sebelum keluar dengan perasaan tidak memuaskan dan marah.
“Kami tidak mahu menerima keadaan ini tanpa memberi reaksi,” kata Gobind kepada pemberita.
Gobind membidas tindak laku Peguam Negara sambil mengingatkan bahawa kes itu menarik perhatian antarabangsa.
“Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata bukti itu wujud sejak Oktober lalu, tiga bulan selepas pembantu politik pemimpin DAP itu ditemui mati.
“Malah mereka ada bukti itu sebelum bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat Teoh tetapi mereka tidak memberitahu kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment