Showing posts with label isu agama. Show all posts
Showing posts with label isu agama. Show all posts

Friday, August 27, 2010

BUDAYA KELIRU DAN MENGELIRUKAN

Inilah budaya yang cuba diterapkan oleh umno dan gerombolan-gerombolannya....termasuklah akhbar-akhbarnya sekali.....banyak benda sejak kebelakangan ini yang mereka cuba keliru dan mengelirukan....satu contoh doa untuk LGE.....sekarang nie pulak pasal  seorang adun wanita yang berucap disurau...dikatakan memberi tazkirah....dan keluarlah macam-macam fatwa dari mulut lebai-lebai umno....ada yang kata haram...ada yg kata boleh masuk tapi tak boleh ke ruang solat....macam-macam lagilah....pada wa itu semua bukan perkara pokok....kalau nabi ada tengokkan perangai umno yang bongok ini...mau geleng kepala dia....ye...la seorang kafir yang tidak boleh diperangi memasuki surau memberi sumbangan dan sepatah dua kata....kecoh macam nak kiamat dunia...tapi bila surau dan masjid yang berharga ratusan ribu dan berjuta...tinggal lengang hanya sesaf dan dua saf aje yang ada....tak pulak lebai-lebai umno nie bising.....dasar topeng setan....itulah taraf mereka nie....cakap macam bagus....kalau zaman saidina umar mau kena pancung mereka nie....tahap jebon punya mentaliti....






INI APA KES PULAK....PAKAI SUAR KATOK JER...


Wednesday, January 13, 2010

Kuil Sikh Pulak Kena Baling Batu
13 jan 10

Tak dapek nak den bayangkan kalau darurat diistiharkan nanti...woyoo....banyak panas wooo....silap-silap laptop blogger-blogger pun kena baling batu....nampak gaya kena cari tompek perlindungan awal-awal nih...

Satu lagi insiden rumah ibadat diserang dilaporkan berlaku petang semalam - kali ini sasarannya adalah sebuah kuil Sikh di Sentul apabila ia dibaling batu yang merosakkan sebuah pintu kaca.

Polis menemui kira-kira 20 ketul batu besar dekat pintu terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun.

Beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, terdengar bunyi gelas pecah pada kira-kira jam 6.45 petang dan pergi memeriksanya. Salah seorang sukarelawan, yang juga pegawai polis, memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Gurbial Singh berkata tiada seorang pun yang nampak penyerangnya. Katanya, kitab suci Sikh menggunakan perkataan Allah. Pegawai kuil itu menggesa para penganutnya supaya bertenang.

Sebelum ini, beberapa buah gereja menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengenepikan larangan kerajaan terhadap bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataaan 'God'.

Keputusan itu membolehkan mingguan Katholik,Herald menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya. Kementerian dalam negeri (KDN) kemudiannya memperolehi perintah mahkamah untuk menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuannya.

Sekurang-kurangnya sembilan gereja telah menjadi sasaran sejak Jumaat lalu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Tujuh gereja diserang dengan bom api - empat di Lembah Klang, dua di Taiping dan satu lagi di Seremban.

Kerosakan paling teruk dialami oleh Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur di mana tingkat bawah bangunan tiga tingkat yang menempatkan gereja tersebut, hangus terbakar.

Dua lagi gereja yang turut diserang - sebuah di Melaka disimbah dengan cat hitam, manakala sebuah gereja di Miri, Sarawak dibaling batu yang memecah kaca salah sebuah tingkatnya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ahli parlimen Selayang, William Leong (foto bawah) turut melawat kuil Gurdwara Sahib pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah memfailkan permohonan untuk mencelah.

Dalam permohonannya itu, beliau berkata perkataan Allah terkandung dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji.

Jagir berkata, kitab suci Sikh adalah dari Tuhan dan oleh itu, tiada sebarang perkataan di dalamnya yang boleh ditukar, dipinda atau diganti.

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Sikh, adalah antara pertubuhan yang memohon untuk mencelah dalam kes tersebut.

Beberapa pertubuhan Islam - Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan - juga turut memohon untuk mencelah, dengan berhujah bahawa mereka juga ada kepentingan dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak oleh mahkamah.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran