Tuesday, December 15, 2009

Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR
15 dis 09



SHAH ALAM - Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikekalkan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun sebelum ini beliau didakwa akan keluar parti.

Pengekalannya itu diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jeffrey berkata, dengan pengumuman tersebut, beliau akan meneruskan tugas itu dan menolak andaian sesetengah pihak bahawa beliau akan menubuhkan parti baru atau kembali ke pangkuan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya menerima keputusan bahawa saya masih berada dalam PKR. Oleh itu saya akan teruskan perjuangan dalam parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Anwar mengumumkan keputusan tersebut ketika merasmikan Konvensyen PKR Sarawak dalam usaha memulihkan kestabilan PKR di Sabah.

Pada akhir Oktober lalu, Jeffrey meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota Majlis Tertinggi, sekali gus tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Sabah.

Isu ini bermula apabila majoriti ketua bahagian, termasuk Jeffrey, kecewa dengan keputusan Anwar menamakan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR Sabah selepas sekumpulan ketua bahagian tidak sokong seorang lagi Naib Presiden, Azmin Ali, menerajui PKR Sabah.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran