Wednesday, May 19, 2010

PANAS!!! TIMB KETUA PEMUDA MIC GESA TOK SAMY CEPAT BERUNDUR

Ini sudah lawan tokeh nampak....tapi lu memang beranila beb...wa respekla kat lu...tak macam orang-orang kat satu parti tu....semua pakat layu...angguk-angguk...geleng-geleng...aje keje depa...wa gerenti tok samy jawab ini macam...ini budak mentah apa dia tau....korang tak percaya...kita tunggu je la....


 

PETALING JAYA, 19 Mei —  Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan (pic) hari ini mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC serta-merta bagi menyelamatkan parti komponen Barisan Nasional (BN).
“Kalau boleh saya mahu beliau berhenti hari ini. Bagaimanapun jika beliau memerlukan masa, beliau boleh mengambil masa sedikit sehingga hujung tahun...tetapi tidak lebih daripada itu,” kata Mugilan pada sidang media di sini sebentar tadi.
Mugilan yang keciciran peluang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu kerana dibantah Samy Vellu dan MIC menafikan gesaan itu kerana perasaan balas dendam.
“Tidak, tidak... saya hanya mahu menyelamatkan parti,” katanya.
Mugilan yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata beliau hanya menggunakan modus operandi yang sama digunakan Samy Vellu apabila mendesak Tun V.T. Sambanthan lebih empat dekad yang lalu.-malaysiainsider

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran