Monday, May 10, 2010

BERAHIM KATAKI SARAN MANSUH KEBAL MP

Den orang pertamo yang sokong sangat-sangat...sobab den raso orang pertamo yang akan kono saman dan masuk penjaro yolah...tak lain dan tak bukan siberahim katak ni...sebab dia punya mulut memang first class punya celupar...copeklah mansuhkan tak sabar den nak dongarnyo...

Ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.
Beliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh ahli parlimen pembangkang Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau telah menghantar surat peguam kepada Saifuddin kelmarin supaya menarik balik tuduhan yang dibuat dalam parlimen tersebut atau bakal menghadapi tindakan saman di mahkamah.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran