Seorang anggota polis didakwa di mahkamah hari ini kerhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu.
Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini.
Koperal Jenain Subi, 48, dituduh mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1.10 pagi an 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, Shah Alam.
Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.
Hakim M Gunalan membenarkan Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum itu, Jemain tiba di premis mahkamah pada jam 11.35 pagi dengan dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis yang berpakaian biasa.-mkini
No comments:
Post a Comment