Saturday, May 1, 2010

KERTAS SIASATAN DITOLAK AG

Apa barang bro penat-penat buat kerja kena reject pulak...tu lah dok kalut nak siap cepat dan betul konon.....malu wehhh......

Peguam negara arah kes Aminulrasyid mati ditembak polis diteliti semula

SHAH ALAM: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis dalam satu kejadian di sini, Isnin lalu.
Arahan itu dikeluarkan pada hari sama kertas siasatan berhubung kes itu diserahkan ke Pejabat Peguam Negara, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan kes itu diserah pada jam 10 pagi semalam, tetapi Peguam Negara menyenaraikan beberapa arahan untuk tindakan lanjut selepas menelitinya dan berbincang dengan pegawai penyiasat.

Beliau yang dihubungi berkata, kertas siasatan itu diambil semula pada jam 5 petang dan pihaknya akan melaksanakan arahan berkenaan.
“Kita akan serahkan semula kertas siasatan itu minggu depan,” katanya tetapi enggan mengulas lanjut mengenai arahan itu.

Khalid berkata, sehingga semalam keterangan lebih 20 saksi direkodkan bagi membantu siasatan, termasuk anggota keluarga Allahyarham Aminulrasyid dan penunggang motosikal yang dikatakan berlanggar dengan kereta yang dipandu remaja itu.
Beliau berkata, seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran remaja itu turut membuat laporan polis dan keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, malam kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta yang dikatakan dilanggar oleh Allahyarham belum tampil untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Aminulrasyid, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini, mati terkena tembakan polis manakala rakannya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini.-bharian

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran