Tuesday, May 11, 2010

BARU NAK STIM DAH PANCUT

Hahahaha....gua pinjam ayat bro tukartiub.....memang lawak....memang lawak....baru bersidang dah sambung esok...apa punya kes la ni....ini semua gara-gara 377b dan 377c....hakim dah pening kepala....safull and the gang pendakwa menggelitit gelabah.....

Perbicaraan kes liwat II, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini. Mahkamah agak kecoh sebentar tadi akibat tindakan beberapa orang penyokong Anwar yang ingin cuba masuk ke dewan mahkamah. Mereka bagaimana pun telah dihalang oleh pihak polis. Dalam prosiding pagi ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mempersoalkan dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat "tanpa kerelaan". Dakwaan ini telah menjadi tajuk utama media arus perdana Utusan Malaysia hari ini iaitu "Diliwat Tanpa Kerelaan". Dakwaan Saiful itu menyebakan Karpal terpaksa memohon mahkamah membenarkan beliau melihat keterangan Saiful kepada pihak polis. Apa yang menarik di sini ialah, jika benar Saiful diliwat tanpa kerelaan maka kenapa beliau mengatakan ada menggunakan minyak pelincir pada duburnya sebelum diliwat Anwar. Malah banyak keterangan beliau semalam yang jelas sekali telah memerangkan dirinya. Ikuti perjalanan prosiding kes hari ini :-

Hakim Akui Terdapat Percanggahan Fakta

Sementara itu apa yang menarik dalam prosiding pagi ini ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Md Diah mengakui bahawa inilah kali pertama dalam sejarahnya mengendalikan satu perbicaraan dimana ada percanggahan fakta berlaku. Ia merujuk kepada laporan polis, keterangan Saiful dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

Saiful Menipu Kata Dia Di Liwat Tanpa Rela

Peguambela Anwar, Karpal Singh berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. "Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan. "Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal. Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C. Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba menggugurkannya sebagai saksi utama kes liwat tersebut.

Saiful Terlupa Jumlah Kenyataan Kepada Polis


Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat,
DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis. "Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain. "Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan dia diliwat tanpa kerelaan.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran