Friday, May 21, 2010

NAZRI TERLEPAS HINA MAHKAMAH

Dah agak dah....maleh nak cito....

Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan olehMalaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.


Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948. 

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran