Proses pemilihan wakil rakyat PKR perlu lebih ketat untuk mengelak kejadian lompat parti, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Beliau berkata, wakil rakyat sebegitu juga sebaiknya disingkirkan daripada parti sekiranya dikesan lebih awal.
"Ini menjadi pengajaran buat kita supaya ukuran pimpinan menjadi lebih ketat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.
Bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah, katanya lagi, disambut tepukan para hadirin.
Sehubungan itu, katanya, pimpinan perlu dengar pandangan daripada parti dalam memilih calon.
"Wakil rakyat juga ingat, kamu dipilh oleh rakyat," katanya.

Wan Azizah juga berkata anggota parti turut berperanan dalam soal mempertahan dan mengukuhkan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.
"Ia adalah tanggungjawab setiap ahli parti di semua peringkat.
"Oleh itu, semua pihak yang terlibat termasuklah lantikan parti, pimpinan di peringkat ranting dan cabang, wakil rakyat, ahli majlis malah keseluruhan tenaga parti perlu digembleng dan dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.
Jelasnya, PKR sebagai tonggak kerajaan di negeri itu juga bertanggungjawab mentadbir negeri itu dengan baik.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan Selangor mempercepatkan proses mengambil bakat-bakat terbaik dari Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menyumbang di Selangor.
"Langkah ini akan memperkemaskan kelicinan pentadbiran kerajaan, di samping menjadi medan latihan kepada bakat terbaik kita sebagai persediaan mengambil alih kerajaan persekutuan kelak," katanya.-mkini

No comments:
Post a Comment