Wednesday, May 26, 2010

KECIK-KECIK DAH JADI TAIK JUDI

Selamat untuk tokeh judi bola negara mr vincent tan....selamat jugak untuk pemberi-pemberi lesen judi....semoga   generasi kini akan membesar sebagai taik judi....laki bini akan maki memaki.....kawan akan jadi lawan...along-along akan cepat jadi jutawan....duit mak anak curi duit bapak habis kat judi....last-last semua tokeh cabut lari luarnegeri....


NONE

Remaja kerugian $3.4j dalam judi


PORT KLANG: Seorang remaja lelaki yang menceburi kegiatan judi taruhan tinggi pada usia 16 tahun telah mengalami kerugian berjumlah RM8 juta ($3.4 juta) apabila dia berusia 19 tahun.
Remaja lelaki itu, seorang anak jutawan, didakwa mengikuti jejak bapanya yang kuat berjudi dan akhirnya kerugian jutaan ringgit akibat bertaruh dalam perlawanan bola sepak menerusi Internet.Tabiatnya yang gemar bertaruh terlalu teruk sehingga dia digelar 'Naga Kecil' di kalangan teman judinya.Kelmarin, pengerusi Barisan Nasional (BN) Klang, Datuk Teh Kim Poo, yang gagal memujuk remaja itu menemuinya bagi sesi nasihat, berkata tabiat berjudi remaja itu berpunca daripada bapanya, yang juga seorang 'tahi judi'.'Remaja ini membesar dengan melihat bapanya berjudi dan pada usia 16 tahun, dia mula berjudi selepas ejen-ejen perjudian menawarkannya kemudahan kredit sebanyak RM100,000.
'Setiap kali dia dikelilingi hutang, bapanya terpaksa menyelesaikannya. Sepanjang tiga tahun lalu, telah terjadi beberapa usaha menyelamatkannya,' kata beliau.Katanya, apabila kerugian terkumpulnya mencecah RM8 juta, kemarahan bapanya memuncak.Bapa remaja itu, 50 tahun, mengharamkan anaknya itu daripada berjudi dan menghentikan anaknya itu daripada meneruskan kursusnya di kolej. Remaja itu kini bekerja dengan bapanya.Menurut Datuk Teh, remaja yang mengikuti kursus sarjana muda Australia di sebuah kolej di Petaling Jaya telah beberapa kali menggunakan yuran kolejnya untuk melunaskan hutang dan melanjutkan kemudahan kreditnya.Dia membohongi bapanya bahawa yuran kolejnya perlu dibayar dan kemudian menggunakannya membayar ejen perjudian itu.Jika dia tidak melunaskan hutangnya itu, ejen-ejen itu akan menghantar 'Along' bagi mendapatkan bayaran daripada bapanya.Datuk Teh berkata ejen-ejen perjudian adalah punca masalah itu. Mereka memburu remaja-remaja daripada keluarga kaya 'di kolej-kolej mewah'.Katanya, kawasan Kampung Baru Pandaraman kini tempat utama kegiatan judi, dan rumah-rumah kayu kecil di kawasan itu kini dilengkapkan dengan kemudahan Internet. -- The Star.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran