Terlalu banyak dah yang kita beri dekat s'pore ni...samaada secara langsung atau tak langsung...dari tanah-tanah...rumah-rumah...air...empangan air...ruang angkasa...sempadan...hinggakan pulau batu putih pun dia sapu....dan sekarang pulak tanah KTM pulak nak dibagi kat s'pore...itu hakikatnya walaupun disedapkan dengan perjanjian 60 - 40...atas urusan perniagaan dan kongsi keuntungan...apa kejadahnya...tanah kita...kita pulak nak berkongsi dengan orang lain...korang tau tak otak orang s'pore ni...lebih bergeliga dari otak najib dan krew-krewnya tu...korang tengoklah satu hari nanti...wa gerenti beb...tanah tu diaorang sapu habis....seinci pun jangan mimpilah kita nak dapat...wa tak fahamlah PM-PM umno dulu kini dan selamanya...semuanya jenis menjual harta negara...cuma yang boleh pakai sikit bab s'pore ni.. Dr Mahathir...dia ni wa respek pasal bab s'pore dia tak bagi can punya...dia mesti bengang ni...kita tunggu komen dia..cepat sikit Tun....wa ingat lagi pesan almarhum sultan Iskandar...pulau batu putih tu johor punya...dia berusaha nak ambik balik....sekarang apa dah jadi makin banyak yang hilang...kesian almarhum sultan harapan hanya tinggal harapan....dek sikap buas serakah pemimpin umno...nak cepat senang...tak nak pikir panjang...apa korang ingat pemimpin umno ini semua pandai-pandai sangat ke...boleh belah lah...semuanya pakat kena kencing aje dengan s'pore.....nama pun M-S PTE LTD apasal tak M-S Sdn Bhd...memang kena kencing ni...kow..kow..punya...
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tana
h KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.
Bernama
No comments:
Post a Comment