Pengerang ni wa tau beb....ini kampung gua maa.....terletak dihujung asia....dekat dengan s'pore....jalan kaki pun sampai....dulu masa wa kecik-kecik pantainya cukup cantik...landai dan damai.....banyak port nak mandi....sekarang jangan mimpilah...dahlah pantai dah tak ada....dekat pulak tu dengan jalan....sekali ombak besar....habis sampai kejalan....ni sebab s'pore asyik dok menambak je kojo dio.....yang kito ni bangang bila orang menambak kita dok perati....tak nak buat apo-apo....ko ye pun hantarlah bantahan ko apo ko...sebab kesan penambakan itu dah mengecilkan dan menghilangkan pantai kito....silap haribulan pengerang hanya tinggal namo jo...ni sebab pemimpin tido and banganglah jadi macam ni....sekarang pulak tumpahan minyak....bondo ni dari dulu lagi dah ado....kapal-kapal ni dia orang takut nak buang minyak kearah perairan s'pore....sobab denda dia tinggi silap-silap masuk jel tambah pulak kapal-kapal peronda dia 24 jam meronda situ....so dia buang arah kepengeranglah....sobab wa tak takut sama m'sia maa...semua pemimpin dia tido and boleh beli punya....Hah sekarang ni bila tumpahan besar macam ni macam-macam beri alasan....s'pore dah clear dah pantai dia....kita masih terkial-kial memberi alasan bodoh....nampak sangat memang bodoh....kepada orang-orang kampung wa...wa harap korang bangkit....tendang keluar ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin yang tido dan kenyangkan perut sendiri......
s'pore dok sibuk menambak
pantai dengan jalan sama aje....dulu jauh pantai ni.....
sekali ombak besar habis warung nie....
pantai yang tercemar....
Lambat kesan punca merebak
PENDUDUK kampung dan nelayan giat membantu membersihkan tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi semalam.
KOTA TINGGI - Kegagalan pihak-pihak berwajib mengesan pergerakan sisa tumpahan minyak lebih awal dikenal pasti sebagai punca sisa berkenaan memasuki perairan negara sekali gus menjejaskan persisiran pantai Pengerang di sini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pergerakan tumpahan minyak yang memasuki perairan negara itu dikesan agak lewat lantaran cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora.
Katanya, keadaan menjadi lebih buruk ekoran kegagalan boya-boya yang dipasang menyekat 'kemaraan' sisa tumpahan minyak selain teknik penyuraian minyak yang digunakan kurang berkesan.
"Ketika ini, pelbagai pihak sedang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkara ini diatasi segera," katanya selepas melawat beberapa pesisiran pantai yang terjejas akibat tumpahan minyak di sini semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Rosnani Ibrahim.
Sebelum itu, Douglas bersama pelbagai agensi seperti JAS, Jabatan Laut, polis dan Jabatan Perikanan menghadiri satu taklimat khas mengenai perkara itu.
Mengenai kegagalan boya-boya dan teknik penyuraian yang digunakan, Douglas berkata, teknik itu masih merupakan yang terbaik bagi memastikan situasi tidak bertambah teruk.
No comments:
Post a Comment