Thursday, May 27, 2010

GAS MUGILAN TAK BERNYALA

Tempahan diPWTC telah dibatalkan oleh tangan-tangan ghaib....nampak gaya mugilan kena cari tempat lain...wa cadangkan mugilan jumpa MB khalid....selangor banyak tempat maa....jangan malu-malu....nak kumpul 10000 orang tu....ramai tu bukan sikit....dewan tak muat kena pakai stadium tu.....ala lu jumpa aje MB Khalid....kecik tapak tangan stadium melawati ditadahkan.....tak gitu MB Khalid.....

BN menunggu kehancuran


PWTC batal tempahan lokasi kempen GAS desak Samy

Dengan pembatalan lokasi itu, kempen tersebut yang pertama kali ini diadakan menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu, akan dianjurkan di tempat lain.
The Malaysian Insider difahamkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dimaklumkan tentang pembatalan itu oleh PWTC lewat petang ini.
Ketika bertemu media pagi tadi Mugilan memaklumkan wartawan bahawa ia akan diadaka di PWTC sebagaimana telah dirancang.
Mugilan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengesahkan pihaknya dimaklumkan bahawa pengurusan PWTC telah membatalkan tempahan yang dibuat awal minggu ini.
“Bagaimanapun kami akan meneruskan kempen ini. Kami akan mengadakan di tempat lain... maklumat lanjut, saya akan umumkan esok,” kata beliau.
Mugilan mendakwa beliau percaya pengurusan PWTC berhadapan dengan tekanan daripada Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Biasanya, MIC akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya di PWTC dan kali ini dijadualkan bulan Julan ini.
“Mungkin mereka beranggapan bahawa saya hanya bayar untuk sekali sahaja, manakala MIC bayar setiap tahun kerana perhimpunan agung tahunan diadakan setiap tahun di PWTC... tak mengapa,” katanya.

“Oleh itu, saya percaya Samy Vellu memberi tekanan, beliau sudah mula bimbang dengan kesan GAS... ini tanda-tanda awal beliau sudah bimbang dengan kesan gerakan ini,” kata Mugilan sambil menambah, beliau tidak kecewa sebaliknya akan meneruskan program itu sebagaimana telah dirancang.
“Samy Vellu akan melakukan apa sahaja, akan menggunakan apa sahaja cara untuk menggagalkan usaha kami. Kami tetap akan adakan program ini, tetapi di tempat lain,” katanya.
Mengenai GAS, Samy Vellu dalam kenyataan terbuka yang pertama, malam tadi berkata: “Kita lihat sejauh mana beliau (Mugilan) boleh pergi.”
“Biar mereka buat apa yang mereka mahu kerana beliau (Mugilan) bukan lagi di dalam MIC, niat buruknya tidak akan merugikan parti,” katanya.
“Saya sudah dipilih secara demokrasi tanpa bertanding oleh ketua-ketua cawangan MIC pada 2009 untuk tempoh tiga tahun, penggal saya berakhir pada 21 Mei 2012, mereka melanggar perlembagaan parti dengan mempersoal proses demokrasi ini,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T. Mohan mendakwa tempahan penggunaan PWTC untuk tujuan kempen GAS diuruskan atas nama Umno.
Bagaimanapun perkara tersebut telah dinafikan oleh Umno.-TMI

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran