Thursday, May 20, 2010

TOK SAMY PECAT MUGILAN SERTA-MERTA

Akhirnya tok samy menggunakan kuasa vetonya entah yang keberapa kali...dan mengotakan katanya untuk memusnahkan sesiapa yang lawan dia...wa punya kawan pun petang tadi ada cakap....ini mugilan memang samy mau pecat lama dulu.....apa ada heran...tapi wa harap kalau dia nak join pakatan...lebih baik janganla... beringat sebelum dikencingkan....macam katak-katak bentung yang melompat tu....


MIC pecat Mugilan serta-merta

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan telah dipecat dari parti serta-merta berkuat kuasa hari ini.
The Malaysian Insiderdifahamkan surat memecat Mugilan dikeluarkan petang ini dan keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri S. Samy Vellu atas kapasitinya sebagai presiden.
Samy Vellu boleh berbuat demikian selepas berbincang dengan timbalannya.
“Ya, saya boleh sahkan yang dia sudah dipecat,” kata sumber ibu pejabat MIC.
Mugilan (gambar) yang dihubungi sebentar tadi berkata beliau menerima apa-apa surat.
Pemecatan ini merupakan yang kedua dalam tempoh seminggu ini.
Minggu lalu Samy Vellu memecat bekas orang kanannya V. Subramaniam atau yang dikenali sebagai Bharat Maniam.
Pemecatan Mugilan, yang juga Ketua Pemuda Hulu Selangor dibuat sehari selepas Samy Vellu berkata beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin kerana bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran