Wednesday, May 5, 2010

SAKSI AMINUL KENA PANGGIL LAGI




Masuk ni dah kali ke3 sisaksi ni kena panggil ke balai untuk disoal lagi....awat sampai lagu tu...ni pasal dia buat sidang media semalam tu ka....aiyoo....yooo...

Saksi utama kes Aminulrasyid Amzah hari ini dipanggil lagi memberikan keterangan bagi kali ketiga di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Peguam N Surendran memberitahu, Azamuddin Omar - yang berada bersama arwah ketika pelajar terbabit ditembak mati minggu lalu - dipanggil bagi menjalani proses tersebut pada jam 4.30 petang ini.

Menurutnya lagi, beliau sendiri dan seorang lagi peguam Latheefa Koya akan mengiringi pelajar tingkatan tiga tersebut.

Sebelum ini, polis telah merakamkan kenyataannya Azamuddin pada 28 April dan 2 Mei lalu, tambah peguam yang terkenal dengan isu-isu hak asasi manusia itu.

Isnin lalu, Azamuddin tampil pertama kali dalam sidang media di rumah Aminulrasyid menceritakan pengalamannya berhubung insiden tragis melibatkan rakan sekolahnya itu.

Beliau dilaporkan berkata, setelah kereta yang dinaikinya bersama Aminulrasyid berlanggar dengan sebuah tembok setelah ditembak polis pada pagi 26 April lalu.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga dilaporkan mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Kesan kejadian tersebut, pelajar tersebut dilaporkan ketakutan dan terpaksa menjalani rawatan trauma.-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran