Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas tuntutan keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu agar pihak kerajaan dan polis memohon maaf kepada mereka.
“Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang,” kata Musa pada sidang media di Putrajaya.
Semalam keluarga Aminulrasyid merayu supaya pihak polis juga membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.
Laporan NST hari ini juga membuat spekulasi bahawa permohonan maaf adalah antara beberapa langkah yang dicadangkan oleh panel khas yang ditubuhkan oleh Kementerian dalam Negeri bagi menyiasat kejadian itu.
Selain itu, cadangan lain panel berkenaan termasuk Perintah Tetap Ketua Polis (IGSO) - berhubung peraturan penggunaan senjata api dimaklumkan kepada umum.
Ditanya perkara berkenaan, Musa juga enggan mengulas.
“Saya belum terima laporan panel itu, jadi saya tidak boleh komen mengenainya,” katanya.
Ditanya secara khusus sama ada beliau secara peribadi setuju IGSO tidak dirahsiakan, Musa menjawab: “Saya tak kisah”.-mkini

No comments:
Post a Comment