Kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan secara langsung dari Bangkok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
Dr Pornthip tidak akan hadir untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh esok.
Isnin lalu, katanya, peguam yang mewakil kerajaaan Selangor telah membuat permohonan kepada mahkamah koroner untuk mengadakan sidang video itu di dewan acara di I-City, Seksyen 7 Shah Alam esok.
Bagaimanapun, mahkamah koroner belum lagi memberi keputusan rasmi untuk membenarkan sidang video tersebut diadakan, tambahnya.
Kerajaan negeri, katanya, difahamkan bahawa mahkamah koroner hanya boleh membuat keputusan setelah mendapat maklum balas dari Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi.
"Kami berharap pihak mahkamah dapat memberi keputusan positif bagi kepentingan semua pihak.
"Jika sidang video ini dapat diteruskan bukan sahaja Dr Pornthip dapat memberi keterangan, malah isu keselamatan Dr Pornthip tidak perlu timbul lagi.
"Kerajaan Selangor berharap bantuan yang dibuat ini dapat melancarkan prosiding inkues bagi mencari kebenaran dan keadilan dalam kes kematian Teoh," tambahnya.-mkini
No comments:
Post a Comment