Monday, May 3, 2010

Bila Anak Mula Mencari Ayahnya....




N3 kali ni..lari tajuk sikit....nak cerita pasal anak achik spin yang mula mencari ayahnya...tokeyai kenal dengan achik spin nie terutama belah keluarga orang rumah tokeyai...dia pun pernah datang rumah mertua tokeyai....pernah jumpalah senang kata....orangnya baik dan ramah....tapi tulah tuhan lebih sayang kat dia sebab tu...tuhan ambil dia awal-awal....kita yang hidup ini ambilla pedomannya... Alfatihah untuk achik semoga keluarga dia kuat mengharungi hidup...sedih jugak tokeyai....

Anak perempuan Allahyarham Achik Spin, Puteri Saffiya, 2


Suasana pilu apabila isteri Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari (Achik Spin), H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya, Putri Nursumaiyyah, 10 bulan menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban

ANAK merupakan anugerah Allah yang paling berharga buat pasangan suami isteri. Anak bukan setakat pengikat hubungan kasih sayang pasangan kelamin, tetapi ia juga penyambung zuriat untuk generasi seterusnya.

Sejak dari kecil, anak biasanya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mana-mana juga pasangan suami isteri yang melalui kebahagiaan hidup berumahtangga. Apatah lagi, bagi yang jarang berenggang dengan anak-anak yang masih kecil kesannya cukup terasa.

Allahyarham penyanyi kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia pada 17 April lalu dalam kemalangan jalan raya adalah antara insan bergelar bapa yang pernah melalui pengalaman itu.

Saat dia kembali ke rahmatullah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu meninggalkan dua anaknya yang masih kecil Puteri Nur Sayyia, 2 tahun 4 bulan dan Puteri Nur Sumayya, 11 bulan.

Agak memilukan kerana saat dia menghembuskan nafas terakhir akibat kemalangan jalanraya, dua anaknya itu masih lagi dahagakan kasih sayang seorang ayah seperti anak-anak kecil yang lain.

Namun, rasa kehilangan dua bayi comel itu ke atas ayah mereka yang cukup dikenali ramai sebagai penyanyi pop rock mulai dirasai setelah lebih seminggu Achik disemadikan di Makam Tuan Haji Said, di Sikamat, Seremban.

Menurut isteri Allahyarham, Tasha, dua anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Litar Asmara itu, mula bertanyakan tentang ayah mereka selepas 10 hari tidak berjumpa dengan Allahyarham.

Jelasnya, selepas 10 hari pemergian Achik ke rahmatullah dua anaknya itu mula bertanyakan, malah mencari ayahnya yang tidak pulang ke rumah sejak saat itu.

"Bukan setakat saya, malah dua anak saya itu juga berasa rindu dengan arwah. Malah, hari ini anak bongsu saya sudahpun mula bertanyakan tentang ayahnya. Saya cuba kuatkan semangat menghadapi situasi ini.

"Sayu dan pilu rasa hati ini apabila mereka bertanyakan ayah mereka. Saya tidak tahu hendak kata apa, apabila mereka bertanyakan tentang arwah yang lama 'tidak pulang' ke rumah," katanya menahan sebak ketika ditemui selepas rakaman rancangan Dimensi Muzik di Filem Negara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Tasha atau H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof menceritakan, dia cuba memberi pelbagai alasan tetapi tidak mampu menjelaskan perkara yang sebenar di saat dua anaknya itu yang masih belum mengerti akan hakikat kehidupan di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran