Bekas wakil rakyat sedia saman Anwar ![]() Menurutnya, beliau tidak gentar dengan ugutan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) meninggalkan parti ditawar RM2 juta dan kontrak kerajaan yang lumayan sebagai ganjaran. “Jika Anwar secara jelas menuduh saya sebagai pemimpin lompat parti yang menerima habuan dari BN sebagaimana yang dikatakan, saya akan saman beliau. “Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya keluar PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti termasuk Anwar sendiri, tiada kaitan dengan habuan dari BN,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Anwar bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil- wakil rakyat yang meninggalkan PKR ditawarkan RM2 juta dan kontrak kerajaan berjuta-juta ringgit sebagai habuan. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah turut menafikan dakwaan Anwar itu sebaliknya menyifatkan tindakannya keluar dari PKR kerana mendapat desakan dari parti itu. “Malah, saya pernah ditawarkan beliau sebanyak RM8 juta supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, “Jika habuan yang saya kejar, lebih baik saya menerima tawaran beliau tetapi saya mementingkan khidmat kepada rakyat,” katanya.-sinar |
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment