Wednesday, May 26, 2010

VELLA PAARI PECAH LUBANG

La ni kalau hangpa tengok.....rata-rata blogger dan penjilat umno...semuanya pakat kutuk dan melondehkan sivella pari ni(nasib baik tak ikan pari)....dulu dia orang ini jugaklah yang menjilat buntut sivella pari ni....sekarang maut sivella pari dibuatnya....wa cadang kat tok samy dan sivella pari ni...mai bawak MIC masuk Pakatan Rakyat....lawan BN dalam PRU13 nanti....wa gerenti ramai orang UMno dan Bn yang mati terbeliak...tak pun dia orang datang semula jilat lu orang balik....ada berani ka tok samy....


Anak Samy: ‘Ayah saya tolak gelaran Tun, jawatan duta’


KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”
“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.


“Saya hendak memberitahu anda hari ini, ayah saya menolak apabila pegawai khas Perdana Menteri datang jumpa dengan ayah saya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor (bulan lalu) dengan tawaran gelaran “Tun” dan jawatan dilantik sebagai duta.
 “Ayah saya kata tidak, beliau tidak mahu terima kedua-dua tawaran ini,” katanya ketika timbul pelbagai spekulasi di sebalik perubahan calon Barisan Nasional (BN) pada minit-minit terakhir untuk diturunkan di Hulu Selangor dan pelan peralihan kepimpinan dalam MIC.
“Beliau memberitahu pegawai khas Najib bahawa keutamaan beliau ialah menyelesaikan isu Maika Holdings,” katanya.
Vell Paari (gambar), salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, pegawai khas berkenaan juga meminta Samy Vellu kekal dalam Majlis Presiden parti atas kapasiti sebagai penasihat apabila melepaskan jawatan presidennya.
“Jawatan ini pun ditolak oleh ayah saya,” katanya. Menurut Vell Paari, alasan Samy Vellu ialah sebaik sahaja berhenti sebagai Presiden MIC, beliau tidak mahu kekal dalam MIC walaupun satu hari.
Vell Paari memberikan maklumat ini ketika timbul desakan agar Samy Vellu meninggalkan jawatan Presiden MIC dengan segera.
Empat orang termasuk bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang menyatakan pandangan itu telah dipecat baru-baru ini.
Samy Vellu mengumumkan pelan peralihan kepimpinan dengan mahu melepaskan jawatannya pada suku ketiga tahun depan.
Bagaimanapun empat pemimpin mendesak Samy Vellu berundur segera atau selewat-lewatnya 31 Disember ini.
“Desakan mereka ini tidak asas,” kata Vell Paari sambil berpendapat bahawa jika pun seseorang pemimpin syarikat mahu melepaskan jawatan dia akan meminta atau akan diberikan tempoh enam bulan.
“Inikan sebuah parti politik dengan keahlian 700,000 orang. Kita tidak boleh meninggalkan parti begitu sahaja,” katanya.
Vell Paari juga berkata, mengikut perancangan Samy Vellu telah bercadang untuk menjelajah ke seluruh negara bersama Palanivel, yang akan digunakan sebagai peluang mengucapkan terima kasih kepada pemimpin cawangan dan bahagian.
“Malah ia juga salah satu cara untuk memperkenalkan Palanivel kepada akar umbi dan kemudian membuat persediaan memimpin parti,” katanya lagi.
Ketika mengumumkan pelan peralihan kepimpinan, Samy Vellu berkata, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Selepas tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, Samy Vellu yang bekas anggota Kabinet kerajaan persekutuan, dikatakan menyasarkan jawatan sebagai duta dan gelaran “Tun”.
Dua minggu lalu, sayap pelaburan MIC Maika Holdings yang berhadapan dengan masalah kewangan telah menemui jalan penyelesaian. Syarikat itu ditubuhkan oleh Samy Vellu 26 tahun yang lalu tetapi berakhir masalah, sekali gus modal kritikan ke atas beliau.
Penyelesaian itu dilihat sebagai sebahagian daripada formula menangani masalah-masalah dalam MIC sebelum Samy Vellu berundur.-TMI

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran