Friday, May 7, 2010

ACAHAN POLIS SIBU

Polis sibu ni...Polis diraja malaysia ke......Polis republik sibu....apa maksud orang luar yang dia cakapkan tu....apa orang dari semenanjung ni tak boleh masuk sibu ke.... apa maknanya orang luar dari mengganggu kedamaian disibu tu....apa sebelum ni sibu tu aman sangatkah....helo beb korang tau tak pasal pilihanraya undi mengundi ni.....biasalah tu kalau bab kempen mengempen ni...mesti ada provok sana provok sini takkan itu pun aku nak ajar....sengal betulla korang ni....yang korang nak jaga tu hah...puak-puak UMnoBn....diaorang ni lah yang paling kurang ajar kalau bab-bab provok time kempen ni.....ayo...yooo.....terlebih sudah.....

SIBU: Polis memantau kehadiran orang luar tertentu yang berkemungkinan datang dengan niat untuk mengganggu keamanan semasa berlangsungnya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail, berkata polis akan berusaha habis-habisan untuk menghalang pembuat kacau yang datang ke sini bagi menimbulkan masalah.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata semua pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil itu telah diminta supaya menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang.
"Saya tidak mahu insiden seperti membaling botol atau batu berlaku dalam pilihan raya kecil ini. Kami tidak mampu untuk memenuhi lokap dengan pesalah pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang mencukupi telah ditugaskan bagi memastikan keadaan aman terkawal sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Mengenai dakwaan pertaruhan haram membabitkan keputusan pilihan raya kecil itu, Shafie berkata tiada laporan polis diterima setakat ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan polis mempunyai sumber yang mencukupi untuk memantau perkara itu dan akan mengambil langkah perlu sekiranya dakwaan itu didapati benar.
Shafie turut menasihati parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil berkenaan supaya memohon permit daripada polis sebelum mengadakan sebarang ceramah.

Katanya, walaupun prosedur biasa untuk memohon permit itu memerlukan permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal, pengecualian akan diberikan semasa pilihan raya kecil itu untuk menerima permohonan permit yang dibuat dalam masa sehari.

"Tolong beri kepada kami butiran yang perlu bagi memudahkan kami memproses permohonan permit itu," katanya sambil menasihati pihak yang menganjurkan ceramah supaya menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghina. - Bernama

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran