Sunday, June 28, 2009

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.-mkini

Tokeyai

Wah... ni kalau betul ni kira baguslah tu menderma ye tak orang kalau dah terdesak macam tulah tabur duit sana-sini nakkan undi janji menang halal-haram tolak tepi....AmNo gunakan talian hayat duit untuk menarik pengundi manik urai kepada pengundi disana kalau dia orang bagi ambil apa saja yang dia orang bagi ambil jangan tak ambil tapi undi tetap pada pas sebab orang yang nak menang pakai duit jenis orang tak guno..percayolah cakap tokeyai....


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran