Sunday, June 21, 2009

Mustapa akan perjelas isu royalti kepada rakyat Kelantan

KUALA KRAI: Kerajaan pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan.

"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata ia bukan kali pertama PAS mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, malah pada pilihan raya lepas isu yang sama turut dibangkitkan.BERNAMA

Tokeyai

Apa tak dengarlah tokeyai tunggu laporan lengkap hai dah lamo dalam kabinet masih tak tahu kelantan dapat royalti minyak ke tidak baguslah tu pusinglah lagi lagi pusing lagi bagus senang rakyat nak undi nanti tak payah pikir-pikir panjang nak pangkah mana yang sebetulnya bukan tunggu laporan memang tak ada laporan saja buat gempak aje tu kalau betul ada laporan tak usah bagi yang terkini punya bagi yang dulu-dulu yang tertunggak punya takkan tak ada kut mustahil tapi tulah kojo AmNo ni asyik nak menipu orang jo....tak fahamlah den...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran