Wednesday, June 10, 2009

Kuan Yew kunjungi Najib


Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Lee Kuan Yew di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Jun – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini.

Kunjungan hormat itu merupakan sebahagian daripada atur cara dalam lawatan peribadi Perdana Menteri pertama Singapura itu ke negara ini.

Kuan Yew tiba semalam dan dijangka berada di negara ini hingga 15 Jun.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini Kuan Yew turut melakukan lawatan peribadi ke Seremban dan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat tempat-tempat yang pernah beliau kunjungi sewaktu mudanya.

Beliau pernah datang ke Seremban 60 tahun lalu sebagai peguam dan hari ini pemimpin veteran Singapura itu turut melawat bangunan yang pernah menempatkan mahkamah yang terletak berhampiran ibu pejabat polis negeri.

Esok beliau dijadualkan melawat Perak termasuk melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Tokeyai

Dato Lee kuan yew ni ada gelaran jadi kena panggillah dato dia ni betul-betul otai lama seangkatan dengan Tunku dan pemimpim kita lain yang dah tak ada kebanyakannya dalam kepala dia ni terlalu banyak benda yang kita boleh belajar dari dia lama tu dia cuti kat sini pegi perak lagi jumpa zambry camry tu pemimpin PR tak nak jumpa dia ke boleh sembang-sembang tambah pengetahuan.....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran