Tuesday, June 2, 2009

Gempar: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin KT runtuh pagi tadi

BERITA terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak Kuala Terengganu telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus.

Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) . / mampat.blogspot.com, KLpos


Stadium ini dirasmikan oleh Sultan Mizan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu

Kata den
Akhlak pemimpin runtuh parti hampir-hampir nak runtuh dan sekarang stadium pulak runtuh itulah sinonimnya dengan pemimpin AmNo terengganu buat stadium pun runtuh agaknya buat tak pakai simen kot itulah gambaran awal yang Allah bagi untuk pemimpin dan parti yang kononnya memperjuangkan bangsa agama dan tanahair...nasib baiklah tak de orang yang kena hempap...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran