Sunday, June 21, 2009

AWAS H1N1 MENYERANG!

Singapura Mungkin Berhadapan Jangkitan H1N1 Tempatan Tidak Lama Lagi

SINGAPURA, 21 Jun (Bernama) -- Singapura kini hanya menunggu masa sebelum seluruh republik itu menyaksikan lebih banyak peningkatan kes Influenza A (H1N1) menerusi jangkitan tempatan.

Republik itu mencatatkan 23 kes baru semalam, yang membabitkan lapan kes penduduk tempatan dan 15 yang pernah melawat keluar negara, yang termasuk seorang atlet Sukan Remaja Asia (AYG) dari Filipina.

"Kes-kes ini mungkin menandakan permulaan jangkitan komuniti," menurut Kementerian Kesihatan Singapura yang mengumumkan bahawa sehingga tengah malam semalam, republik itu mengesahkan jangkitan penyakit itu sudah mencapai 126 kes.

Menurutnya pihak kementerian akan meneruskan strategi pengasingan yang dilaksanakannya, yang didapati berjaya melengahkan kemasukan virus penyakit itu ke Singapura.

Katanya ia akan memantau keadaan dengan lebih rapi dan bersiap sedia menangani peningkatan jumlah kes apabila tiba masanya.

Sebanyak 15 kes import yang disahkan itu membabitkan lapan rakyat Singapura, tiga penduduk tetap Singapura (dua dari Filipina dan satu dari Amerika), serta empat warga asing (Dua warga Filipina, seorang warga Amerika dan seorang warga Australia).

Mereka didapati pernah melawat Australia, Amerika, Filipina, United Kingdom, Thailand dan Indonesia.

Tujuh Lagi Kes Influenza A(H1N1) Dalam Negara

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Tujuh lagi kes Influenza A(H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

"Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes," katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras di sini hari ini.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

"Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam," kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal.

"Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu," katanya.

Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Tokeyai

Dalam posting terdahulu tokeyai dahpun cakap yang H1N1 ini akan jadi wabak satu hari nanti dan kini jelas ia menuju kearah itu singapura kini menuju kearah itu dan kita perlu ingat jika singapura dah jadi negara penyebar H1N1 kita pun pasti akan terlibat sama ini kerana ramai pekerja kita yang berulang-alik yang bekerja disana keadaan sekarang agak cemas tetapi kerajaan tetap dengan kata-kata manisnya semuanya masih terkawal...terkawal apa jika H1N1 dah menyerang sekolah ini dah tahap merbahaya budak-budak yang tidak mengerti apa-apa ini sudah tentu telah bertemu dengan ramai contact yang mungkin dapat atau tidak dikesan sepatutnya sekarang ini pihak kementerian dah bergerak kesekolah-sekolah membuat pengesanan awal atau memberi taklimat berkaitan H1N1 ini tidak tunggu ada kes baru sibuk macamana H1N1 ini tak merebak sikap sambil lewa ini berkait rapat dengan mutu perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan yang memang ramai orang pertikaikan sekarang ini kalau macam inilah gayanya tokeyai gerenti lepas ni banyak sekolah yang akan ditutup dan dikuarantin................AWAS H1N1 menyerang.....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran