Saturday, June 20, 2009

Syed hamid ganti Hasan merican?

Tun M tak tahu kebenaran cerita pelantikan pengerusi baru Petronas

IPOH: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan.

Katanya beliau hanyalah seorang penasihat tanpa kuasa eksekutif dan oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan jawatan di syarikat itu bergantung kepada keputusan Datuk Seri Najib Razak.

"Barangkali orang lain ini lebih cekap daripada Hassan Merican... boleh dapat untung lebih besar kot, mana kita tahu," katanya ketika ditanya sama ada menggantikan Hassan yang telah terbukti keupayaannya di Petronas sebagai satu tindakan yang betul.

Desas-desus sejak beberapa bulan lalu menyatakan bahawa bekas Pegawai Khas Najib ketika beliau Timbalan Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah manakala bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dilantik sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.


Dr Mahathir juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya beliau semakin hampir hilang sabar terhadap Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai gaya kepimpinan lemah dan menegaskan beliau tidak pernah beranggapan sedemikian terhadap Najib.

"Saya tak kata saya puas hati, saya tak kata saya tak puas hati tapi saya buat teguran tentang pemilihan orang yang terlibat dalam rasuah masih ada dalam kepimpinan parti. Yang itu saya rasa tak setuju," katanya ketika ditanya sama ada ini bermakna beliau berpuas hati dengan kepimpinan Najib setakat ini.

Sementara itu ketika mengulas tulisan dalam blognya www.chedet.cc yang menyamakan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai 'Maharaja Kecil', Dr Mahathir berkata Lee adalah seorang pemimpin sombong yang cuba mengajar pemimpin di negara-negara jirannya.

"Orang ini dia cukup sombong. Dia pergi ke negara jiran untuk nak bagi tahu kepada negara jiran apa yang patut mereka buat dan dia mengutamakan negeri dia dan memberitahu kepada kita, kita hanya pedalaman. Saya dari dulupun saya tak berapa serasi dengan dia," katanya.

Mengenai lawatan lapan hari Lee ke beberapa negeri baru-baru ini, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin Malaysia belum tentu akan mendapat layanan serupa di republik itu seperti mana sambutan yang telah diberikan oleh para pemimpin negara ini terhadap Menteri Mentor Singapura itu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masa depan orang Melayu akan menjadi gelap sekiranya pemimpin Umno terus dengan sikap lebih mengutamakan kepentingan diri daripada agama, bangsa dan negara.

"Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi menjadi landasan untuk orang mendapat tempat dan gelaran. Sebab itu pada pilihan raya umum ke-12, orang Melayu tidak lagi mengundi Umno sebab mereka kecewa dengan keadaan sedemikian," katanya. - Bernama

Tokeyai

Buat pertama kalinya tokeyai tersangatlah setuju apa yang Tun chedet cakapkan itu tapi Tun kena ingat pemimpin Umno sekarang adalah warisan dari Tun jugak zaman Tun dulu pun pemimpin umno macam tu jugak rasuah pentingkan diri kumpul harta cuma nasib baik aje pembangkang tak kuat macam sekarang sebab Tun tahu macamana nak gunakan Mat ISA kalau tak dah lama jugaklah Umno jadi pembangkang sekarang kalau tak pun tinggal nama aje Tun kan tahu Malay Dilema ni apa....malay dilema is fulus fulus....sebab itu pemimpin umno hanya nak cari fulus fulus sampai membukit lepas itu beli bukit buat rumah pergi jahanam dengan orang yang undi aku itulah umno sekarang warisan Tun..... Tak pasal pasal tok syed hamid dapat jadi taukeh minyak pulak sekarang lepas ni bolehlah buat pelantar minyak kat Kota Tinggi baru ada kelas orang tengok kalau tak macam tu aje kota tinggi dekat 20 tahun lebih jadi MP tokeyai tengok tak ada apa-apa kat sana pada hal banyak tempat boleh jadi tumpuan pelancong...hai rezeki ko lah tok mid.....pandai ke tak pandai hentam saja lah labuuuu....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran